Saturday, September 9, 2023

(2) SURAH AL-BAQARAH 21

 

AL-BAQARAH 2:21

 

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اعْبُدُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ وَالَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ (21)

Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa

 

HUBUNGAN AYAT

AYAT 20

AYAT 21

 

Penjelasan akhir berkenaan Munafiq – Yahudi yang diumpamakan dengan orang yang ambil manfaat dari kilat, walaupun sedikit. Tetapi bila tidak ada manfaat, kembali balik kepada asal

 

 

Dijelaskan pesanan agar taat dan tidak lakukan rekacipta terhadap agama terhadap tiga kelompok manusia;

A.      Yahudi yang beriman sehingga menjadi mukmin.

B.       Yahudi yang kekal dengan kufur.

C.       Yahudi yang kekal dengan kufur, tetapi menampilkan seperti sokong keimanan.

 

 

MUQADDIMAH

[1] Setelah Allah menyebut berkenaan “mereka” - الغيبة, maka Allah pun beralih kepada pendekatan “kamu” الخطاب[1].

 

Dalam ayat lepas, Allah menjelaskan berkenaan tiga kelompok manusia dengan menggunakan penjelasan “mereka”. Makanya, Allah berpesan agar kita fikir ke hadapan; iaitu beriman dengan cara yang betul.

 

[2] Dalam surah al-Fatihah, ayat ke-6: اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ (6), iaitu memohon hidayah agar berada dalam jalan yang lurus adalah fokus bagi surah al-Fatihah, maka ayat 1 sampai ayat 5 Surah al-Fatihah itu sebagai muqaddimah permohonan.

 

Demikian juga pada ayat 21 surah al-Baqarah ini – iaitu mahu manusia mengabdikan diri kepada Allah, dan ayat 1 sampai ayat 20 pula sebagai muqaddimah bagi ayat.

 

[3] Dalam awal surah al-Baqarah, dinyatakan orang muttaqin adalah orang yang ambil petunjuk al-Quran;

ذَلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ (2) – البقرة

 

Dalam ayat ini pula, Allah menutup dengan harapan bertaqwa sejurus Allah menyuruh agar semua manusia abdikan diri kepadaNya.

 

Maka ini difahami bahawa maksud dengan Allah menyuruh agar semua manusia abdikan diri kepadanya (اعْبُدُوا رَبَّكُمُ) bermaksud semua manusia, sama ada beriman, orang kafir dan orang munafiq agar mengikut al-Quran yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw, iaitu tanpa bid’ah dan reka cipta terhadap agama.

 

[4] Dalam banyak ayat al-Quran, suruhan bertaqwa ada kaitan dengan abdikan diri kepadaNya dengan TAAT, tanpa BID’AH. Contoh firman Allah;

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِصَاصُ فِي الْقَتْلَى الْحُرُّ بِالْحُرِّ وَالْعَبْدُ بِالْعَبْدِ وَالْأُنْثَى بِالْأُنْثَى فَمَنْ عُفِيَ لَهُ مِنْ أَخِيهِ شَيْءٌ فَاتِّبَاعٌ بِالْمَعْرُوفِ وَأَدَاءٌ إِلَيْهِ بِإِحْسَانٍ ذَلِكَ تَخْفِيفٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَرَحْمَةٌ فَمَنِ اعْتَدَى بَعْدَ ذَلِكَ فَلَهُ عَذَابٌ أَلِيمٌ (178) وَلَكُمْ فِي الْقِصَاصِ حَيَاةٌ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ (179) – البقرة

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ (183) – البقرة

 

أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَى نِسَائِكُمْ هُنَّ لِبَاسٌ لَكُمْ وَأَنْتُمْ لِبَاسٌ لَهُنَّ عَلِمَ اللَّهُ أَنَّكُمْ كُنْتُمْ تَخْتَانُونَ أَنْفُسَكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ وَعَفَا عَنْكُمْ فَالْآنَ بَاشِرُوهُنَّ وَابْتَغُوا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَكُمْ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ وَلَا تُبَاشِرُوهُنَّ وَأَنْتُمْ عَاكِفُونَ فِي الْمَسَاجِدِ تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ فَلَا تَقْرَبُوهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ آيَاتِهِ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ (187) – البقرة

 

الشَّهْرُ الْحَرَامُ بِالشَّهْرِ الْحَرَامِ وَالْحُرُمَاتُ قِصَاصٌ فَمَنِ اعْتَدَى عَلَيْكُمْ فَاعْتَدُوا عَلَيْهِ بِمِثْلِ مَا اعْتَدَى عَلَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ (194) – البقرة

 

وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّهِ فَإِنْ أُحْصِرْتُمْ فَمَا اسْتَيْسَرَ مِنَ الْهَدْيِ وَلَا تَحْلِقُوا رُءُوسَكُمْ حَتَّى يَبْلُغَ الْهَدْيُ مَحِلَّهُ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ بِهِ أَذًى مِنْ رَأْسِهِ فَفِدْيَةٌ مِنْ صِيَامٍ أَوْ صَدَقَةٍ أَوْ نُسُكٍ فَإِذَا أَمِنْتُمْ فَمَنْ تَمَتَّعَ بِالْعُمْرَةِ إِلَى الْحَجِّ فَمَا اسْتَيْسَرَ مِنَ الْهَدْيِ فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ فِي الْحَجِّ وَسَبْعَةٍ إِذَا رَجَعْتُمْ تِلْكَ عَشَرَةٌ كَامِلَةٌ ذَلِكَ لِمَنْ لَمْ يَكُنْ أَهْلُهُ حَاضِرِي الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ (196) – البقرة

 

Justeru, difahami bahawa al-Quran dan Nabi saw itu perlu diTAATI dan dipatuhi tanpa melakukan bid’ah terhadap ajaran al-Quran dan Hadis.

 

Ini lebih dikuatkan lagi, apabila Allah kaitkan dengan والذين مِن قَبْلِكُمْ – iaitu manusia sedar bahawa sebelum mereka, sudah ada ibu bapa mereka yang melahirkan mereka.

 

WAHAI MANUSIA (1)

[5] Di sini ada beberapa kupasa berikut;

 

PERTAMA:

Di awal ayat, dimulakan dengan seruan “wahai”.

 

Dalam kebiasaan al-Quran, seruan “wahai” tidak akan diseru secara langsung kecuali terhadap sesuatu yang mulia. Seperti seruan kepada orang beriman – يا ايها الذين امنوا

 

Demikian juga, dalam ayat-ayat lain;

قُلْنَا يَا نَارُ كُونِي بَرْدًا وَسَلَامًا عَلَى إِبْرَاهِيمَ (69)  - الأنبياء

Kami berkata: wahai Api, jadikan sejuk dan sejahtera terhadap Ibrahim”

 

Jika begitu, bagaimana pula ada ayat yang memanggil orang kafir dengan “wahai”, iaitu ayat;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ كَفَرُوا لَا تَعْتَذِرُوا الْيَوْمَ إِنَّمَا تُجْزَوْنَ مَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ (7) – التحريم

"Hai orang-orang yang kufur ingkar! Janganlah kamu menyatakan uzur (dengan meminta ampun) pada hari ini, (kerana masanya telah terlambat). Kamu hanyalah dibalas dengan balasan apa yang kamu telah kerjakan".

 

Walaupun nampak ayat ini bahawa orang kafir dipanggil dengan “wahai”, tetapi hakikat ayat ini, bukan Allah memanggil mereka secara langsung, tetapi Allah memanggil mereka dengan pertantara. Dalam konteks ayat, yang memanggil itu adalah malaikat. Hal ini dapat dilihat pada ayat sebelum;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ (6) - التحريم

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.

 

Demikian juga ayat;

قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ (1) – الكافرون

“Katakanlah, Wahai orang-orang kafir”

 

Yang memanggil orang kafir dalam ayat ini bukan Allah, tetapi Nabi Muhammad. Ini dapat dilihat pada pangkal ayat ada perkataan قل – katakanlah Wahai Muhammad.

 

Kenapa Allah guna perantara antara Allah dan kafir semasa memanggil?

 

Jawabnya:

Orang kafir menyembah Allah dengan perantara, bukan terus dan direct. Hal ini disebut dalam ayat lain;

وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءَ مَا نَعْبُدُهُمْ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَى (3) - الزمر

Orang yang menjadikan selain Dia sebagai wali (mereka percaya): kami tidak abdikan diri kepada mereka kecuali untuk mereka hampirkan kami kepada Allah secara mendekat

 

KEDUA:

Dalam bahasa arab, apabila memanggil sesuatu yang dekat, digunakan perkataan أ atau أي, sedangkan panggilan yang jauh adalah dengan يا أيها (jika perkataan selepas itu ada alif dan lam. Jika tidak ada, maka sekadar يا)

 

Dalam ayat ini, dipanggil dengan ياايها, walhal manusia itu dekat. Firman Allah;

 

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ (16)  - ق

Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya

 

Dari sudut bahasa arab, apabila memanggil sesuatu yang dekat dalam keadaan orang yang dipanggil itu LALAI dan LUPA, maka digunakan juga dengan يا ايها

 

Justeru, dalam ayat ini dipanggil manusia dengan يا ايها mengadungi maksud mahu menyedarkan atau menarik perhatian terhadap orang yang sedang “ralit” dengan sesuatu penceritaan.

 

WAHAI MANUSIA (2)

[6] di sini ada beberapa kupasan berikut;

 

PERTAMA:

Allah memanggil “wahai Manusia”, sedangkan terdapat ayat lain, Allah memanggil dengan “wahai orang beriman”.

 

Ramai kata, apabila diseru “wahai manusia”, ia memberi isyarat bahawa ayat tersebut diturunkan di mekah. orang yang mula-mula membuat kesimpulan sebegitu adalah  seorang ahli tafsir era salaf yang bernama ALQAMAH.

 

Namun, dalam kajian didapati terdapat ayat-ayat yang diturunkan di madinah tetapi dimulai dengan “Wahai manusia”. Contohnya, seperti ayat ini. Hal ini kerana, ayat ini dalam surah al-Baqarah yang para ulama sepakat bahawa semua ayat-ayatnya diturunkan di Madinah. Demikian juga dalam ayat ke-70, Surah al-Nisa’

 

Pelbagai kupasan ulama dalam hal ini. Tetapi, dalam kupasan AL-RAZI menyatakan bahawa kandungan pada ayat tersebut sahaja sama dengan pesanan sepertimana pesanan semasa ayat diturunkan di Mekah, tetapi bukan mesti ia diturunkan di Mekah.

 

KEDUA:

Dalam ayat disebut “wahai manusia” digunakan lafaz  الناس, sedangkan dalam bahasa al-Quran, perkataan manusia juga digunakan lafaz البشر.

 

Perbezaan antara dua perkataan ini adalah, perkataan البشر dari kata بشارة yang bermaksud KEADAAN YANG ELOK. Hal ini kerana, manusia itu adalah sebaik-baik ciptaan.

 

Hal ini berbeza dengan perkataan الناس yang yang berasal dari kata انس yang bermakna PENAMPAKAN. Apabila disebut الناس, ia adalah makhluk yang nampak berbanding jin yang tidak nampak.

 

Perkataan البشر tidak ada kata jamak. Hal ini berbeza dengan perkataan الناس, kerana ia adalah kata jamak dari kata الإنسان. Apabila disebut jamak, bermakna perkataan itu boleh dipilah-pilah, dan inilah perbezaan bagi pemaknannya pada perkataan الناس dan البشر.

 

Dalam ayat ini, digunakan perkataan الناس  bukan البشر kerana ayat sebelum menyebut berkenaan pilah-pilah manusia kepada mukmin, kafir dan munafiq.

 

ABDIKAN DIRI KEPADA TUHAN KAMU

[7] Di sini terdapat beberapa kupasan berikut;

 

PERTAMA;

Jika ayat ke-5 Surah al-Fatihah ada menyebut إِيَّاكَ نَعْبُدُ – pengakuan bahawa Allah layak diabdikan diri selepas Allah menyebut kekuasaanNya yang memiliki hari pembalasan, maka dalam ayat ke-21 Surah al-Baqarah pula  Allah menyebut suruhan mengabdikan diri kepadaNya selepas dari Allah menyebut sifat manusia yang tidak hiraukan keselamatan mereka di alam akhirat, iaitu orang munafiq yang permainkan al-Quran dan orang beriman.

 

KEDUA:

Perkataan yang digunakan adalah اعْبُدُوا iaitu dari kata عبادة. Ada pelbagai tafsiran terhadap maknanya. Hamka terjemahkan dengan “sembah”, Shihab pula terjemahkan dengan “beribadatlah”.

 

Usaimin pula terjemahkan dengan “menghina diri dalam melakukan taat kepadaNya dalam pada ada kehendak mahu mendekatkan diri kepadaNya”.

 

Terjemahan Usaimin itu lebih dekat kerana terdapat ayat al-Quran (Surah al-Zariyat, 56) yang menyebut bahawa tujuan jin dan manusia diciptakan adalah untuk ABDIKAN diri kepadaNya, sedangkan untuk hidup di dunia ini tidak terbatas pada ibadat khusus dan sembah sahaja.

 

Tambahan pula, dalam ayat lain (Surah al-Isra’, 36) ada disebutkan bahawa para rasul itu diutuskan untuk ajak manusia abdikan diri kepada Allah dan JAUHI TOGHUT.

 

Dalam banyak ayat, perkataan suruhan agar abdikan diri kepada Allah dikaitkan dengan tujuan para rasul diutuskan Allah.

 

Justeru, pemaknaan bagi abdikan diri di sini merangkumi semua ajaran Para Nabi, iaitu;

a.                  Kembali kepada fitrah seperti tauhidkan Allah.

b.                  Jauhi syariat-syariat yang bersifat bid’ah.

 

ABDIKAN DIRI KEPADA RABMU

[8] di sini terdapat beberapa kupasan berikut;

 

PERTAMA

Digunakan perkataan رب bukan اله.

 

Perkataan رب diterjemah dengan Tuhan. Dari sudut pemaknaan, ia bermaksud PENDIDIK dan PEMELIHARA.

 

Pada perkataan رب juga, dikaitkan dengan pentadbiranNya terhadap alam ini. Ekoran itu, ayat ke-2 Surah al-Fatihah;

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (2)

 

Sengaja disebut رب kerana;

a.      Menyebut nikmat-nikmat dan budi baik Allah agar manusia rasa mahu beribadat kepadaNya.

b.      Orang kafir mengakui bahawa Allah mentadbir alam, walaupun mereka tidak menyembahNya.

 

وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى يُؤْفَكُونَ (61) – العنكبوت

Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)?

 

وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ نَزَّلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهَا لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ (63)  - العنكبوت

Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan pengertian syirik)

 

KEDUA:

Allah menggunakan perkataan رب dalam pada Allah suruh mereka abdikan diri kepada Allah.

 

Di sini adalah dalil;

a.                  Tidak cukup sekadar akui bahawa dia maha berkuasa dan mentadbir, tetapi perlu juga abdikan diri kepadaNya dari bentuk perbuatan.

b.                  Tidak cukup sekadar solat, kalau tidak ada pengakuan dalam hati terhadap kekuasaanNya.

 

 

KETIGA:

Apabila Allah seru kepada MANUSIA (termasuk juga kafir) agar abdikan diri kepadaNya, ulama berbeza pendapat berkenaan kewajipan orang kafir amalkan furuk syariah seperti solat, haji, zakat, puasa dan sebagainya.

 

Ada pendapat kata, selagi ada المانع (PENCEGAH), maka mereka tidak wajib lakukan semua itu. sama seperti orang yang mahu ke mekah, tetapi ada pencegah, iaitu sakit atau miskin.

 

Pendapat lain pula kata, ayat ini adalah dalil bahawa mereka wajib lakukan semua furuk syariah. Memandangkan mereka tidak dapat laksanakan kerana kufur, maka mereka mendapat dua dosa, iaitu dosa kufur dan dosa tidak laksanakan furuk syariah.

 

YANG DIA MENCIPTA KAMU

[9] dalam pada Allah menyuruh manusia ABDIKAN DIRI kepadaNya, Allah menyebut hasil jasa yang Allah telah berikan kepada manusia, iaitu CIPTAAN MANUSIA itu sendiri. Psikologi manusia yang berbudi, pasti dia kalah dengan pemberi budi kepadanya.

 

DIA JUGA YANG MENCIPA ORANG YANG SEBELUM DARI KAMU

[10] Secara fitrah juga, manusia sedar bahawa ibu bapa yang melahirkan dan membesarkan kita, kita perlu hormati mereka. bahkan Allah sebut dalam al-Quran;

{وقضى رَبُّكَ أَلاَّ تعبدوا إِلاَّ إِيَّاهُ وبالوالدين إِحْسَاناً إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الكبر أَحَدُهُمَا أَوْ كِلاَهُمَا فَلاَ تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّ وَلاَ تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلاً كَرِيماً} [الإسراء: 23]

 

Terhadap ibu bapa pun, kita kena hormat dan patuh, walhal mereka sekadar melahirkan dan membesarkan kita, maka lebih wajar kita hormat dan patuh kepada Allah yang menciptakan kita.

 

MUDAH-MUDAHAN KAMU BERTAQWA

[11] Dalam awal surah al-Baqarah, Allah menyebut bahawa al-Quran itu akan dijadikan pembimbing jalan oleh orang yang bertaqwa:

ذَلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ (2)

 

Dalam ayat ini pula, Allah berpesan agar bertaqwa selepas Allah suruh mereka abdikan diri kepadaNya. Dan suruhan itu pula selepas menyebut berkenaan perumpamaan air hujan dalam ayat ke-20 yang maknanya merujuk kepada al-Quran.

 

Perkataan TAQWA berasal dari kata وقاية yang bermakna jaga. Dalam firman Allah;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا (6) – التحريم

Wahai orang beriman, JAGALAH diri kamu dan ahli keluarga kamu akan api neraka

 

Bermakna, menjaga diri dari azab neraka itu adalah dengan patuh dengan al-Quran yang merupakan kitab panduan dari Allah.

 

يَا أَيُّهَا النَّاسُ

 

Wahai sekalian manusia!

 

[12] ayat ini diturunkan di Madinah sedangkan ia dimulai dengan “wahai Manusia”[2]. Ramai orang kata, bermula dengan “Wahai manusia”, itu adalah tanda bahawa ayat ini diturunkan di Mekah.

 

Menurut ZAMAKHSYARI, telah sampai kepadanya dari sanad yang sahih, daripada IBRAHIM, daripada ALQAMAH bahawa dia berkata, mana-mana ayat yang dimulakan dengan “WAHAI MANUSIA”, maka itu ayat mekah. jika dimulakan dengan “WAHAI ORANG BERIMAN”, itu diturunkan di Madinah[3].

 

Al-Razi menyatakan bahawa AL-QADHI ada berkata bahawa itu dirujuk berdasarkan pesanan-pesanannya yang sama dengan pesanan-pesanan di era Mekah. Tetapi, untuk dimestikan bahawa ia diturunkan di mekah adalah tidak tepat. Hal ini kerana, biasa sahaja pesanan-pesanan di era mekah diulang sebut lagi di era Madinah[4].

 

Ekoran itu, ada beberapa ayat lain yang menggunakan يا ايها الناس sedangkan ayat itu diturunkan di madinah. contohnya;

يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَكُمُ الرَّسُولُ بِالْحَقِّ مِنْ رَبِّكُمْ فَآمِنُوا خَيْرًا لَكُمْ وَإِنْ تَكْفُرُوا فَإِنَّ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا (170) – النساء

 

Dengan itu, ABU ZAHRAH simpulkan bahawa penggunaan kata ياايهاالناس adalah seruan kepada mukmin dan kafir, sedangkan ياايها الذين أمنوا pula berkaitan dengan furuk syariah[5].

 

[13] Dimulakan dengan “wahai Manusia”, kerana ayat-ayat sebelum melibatkan semua jenis manusia; beriman, kafir dan munafiq. Apabila mahu menyeru semua mereka agar abdikan diri kepadaNya, maka dimulakan seruan dengan “WAHAI MANUSIA”.

a.         jika diseru kepada orang kafir, maka maksudnya adalah “Wahai Orang kafir, ABDIKAN DIRI kepada Allah dengan iqrarkan diri dalam pengabdikan diri kepada Allah[6]

b.         jika diseru kepada orang munafiq, maka maksudnya adalah “Wahai orang munafiq, ABDIKAN DIRI kepada Allah dengan ikhlaskan hati”

c.          jika diseru kepada orang mukmin, maka maksudnya adaah “wahai Orang mukmin, ABDIKAN DIRI kepada Allah dengan tambahi pengabdikan diri kepadaNya serta berteguh dalam pengabdian tersebut[7]

 

[14] khitab ayat ini kepada siapa? IBN JAWZI kata, terdapat beberapa pendapat ulama[8];

a.      semua manusia. Ini pendapat IBN ABBAS.

b.      Khusus kepada Yahudi sahaja. ini pendapat al-hasan dan Mujahid.

c.       Ditujukan kepada musyrikin arab dan selain mereka. Ini pendapat AL-SUDDIY.

d.      Ditujukan kepada orang Munafiq dan Yahudi. Ini pendapat MUQATIL.

 

[15] Dalam kupasan SHIHAB, boleh jadi maksud “wahai manusia” ditujukan khusus kepada orang kafir. Hal ini kerana[9];

a.      Pada sambungan ayat, ada seruan agar sembah Allah - اعْبُدُوا رَبَّكُمُ

b.      terdapat panggilan “Wahai orang beriman” dalam ayat-ayat al-Quran yang difokus pada orang yang tidak kafir.

 

[16] dalam bahasa arab; memanggil;

a.      Jika dipanggil dari jauh, maka digunakan يا

b.      Jika dipanggil dari dekat, maka digunakan أ  atau أي

 

Lalu, digunakan juga perkataanيا  jika dipanggil dari dekat dalam keadaan orang yang dipanggil itu LALAI, LUPA DLL.

 

Jika dipanggil dengan يا bagi yang dekat dalam keadaan dia tidak lupa dan tidak lalai, maka itu mengandingi maksud bahawa kandungan yang mahu diceritakan itu amat penting[10].

 

[17] Dalam ayat ini, suruhan beribadat bersifat umum; iaitu semua manusia. Namun, ayat ini ditakhsiskan dengan ayat lain, iaitu firman Allah;

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْساً إِلَّا وُسْعَها [الْبَقَرَةِ: 233]

“Allah tidak membebankan seseorang kecuali kadar keluasanya”

 

Dengan itu, ada hadis menjadi takhsis kepada keumuman taklif tersebut. Hadis—daripada Aisyah bahawa Rasulullah saw ada bersabda;

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: " رُفِعَ الْقَلَمُ عَنْ ثَلَاثَةٍ: عَنِ النَّائِمِ حَتَّى يَسْتَيْقِظَ، وَعَنِ المُبْتَلَى حَتَّى يَبْرَأَ، وَعَنِ الصَّبِيِّ حَتَّى يَكْبُرَ – ابو داود 4398

Dianggap tidak salah dari tiga jenis manusia: dari orang tidur sehingga dia sedar; dari orang gila hingga dia sembuh; dari kanak-kanak hingga dia dewasa

 

PERBEZAAN PERKATAAN الناس DAN البشر

[18] perbezaannnya adalah seperti berikut;

(a)                PENGGUNAKAAN lafaz بشر;

وَقَالَتِ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى نَحْنُ أَبْنَاءُ اللَّهِ وَأَحِبَّاؤُهُ قُلْ فَلِمَ يُعَذِّبُكُمْ بِذُنُوبِكُمْ بَلْ أَنْتُمْ بَشَرٌ مِمَّنْ خَلَقَ (18) – المائدة

Orang-orang Yahudi dan Nasrani berkata: "Kami adalah anak-anak Allah dan yang amat disayangiNya". Katakanlah (wahai Muhammad): "(Kalau betul demikian), maka mengapakah Ia menyeksa kamu dengan sebab dosa-dosa kamu? (Sebenarnya bukanlah sebagaimana yang kamu dakwakan) bahkan kamu semuanya adalah manusia biasa di antara manusia-manusia lain yang diciptakanNya.

 

قَالَتْ لَهُمْ رُسُلُهُمْ إِنْ نَحْنُ إِلَّا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ (11) – ابراهيم

Rasul-rasul mereka berkata kepada mereka: "Kami ini tidak lain hanyalah manusia seperti kamu juga,

 

قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُوحَى إِلَيَّ (110) الكهف

“katakanlah, hanyasanya aku adalah manusia seperti kamu yang aku diberikan wahyu”

 

(b)               PENGGUNAAN lafaz الناس

 

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ آمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالْيَوْمِ الْآخِرِ وَمَا هُمْ بِمُؤْمِنِينَ (8) – البقرة

 

فَإِنْ لَمْ تَفْعَلُوا وَلَنْ تَفْعَلُوا فَاتَّقُوا النَّارَ الَّتِي وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ أُعِدَّتْ لِلْكَافِرِينَ (24) – البقرة

 

أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنْسَوْنَ أَنْفُسَكُمْ وَأَنْتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ أَفَلَا تَعْقِلُونَ (44) – البقرة

 

JUSTERU, APA PERBEZAANNYA?

 

Pada perkataan البشر, Penjelasan ABU HILAL AL-ASKARI;

 

Perkataan البشر berasal dari kata بشارة yang bermaksud حسن الهيئة iaitu keadaan yang elok dan baik. Kalau mahu menyebut bahawa seseorang lelaki itu dalam keadaan baik, disebut رجل بشير

 

Dikaitkan manusia dengan ELOK DAN BAIK, kerana manusia adalah sebaik-baik kejadian dan ciptaan jika dibandingkan dengan makhluk yang lain.

 

Ada pula kata, ia berasal dari makna zahir sesuatu perkara. Kulit manusia yang merupakan penzahiran bagi manusia disebut juga بشر

 

Pada perkataan الناس dalam penjelasan DR. FADHIL AL-SAMRA’IE;

 

Ada kata, ia berasal dari kata انس yang bermaksud NAMPAK. Contohnya, firman Allah;

إِذْ قَالَ مُوسَى لِأَهْلِهِ إِنِّي آنَسْتُ نَارًا سَآتِيكُمْ مِنْهَا بِخَبَرٍ (7) – النمل

 Ketika berkata Musa kepada ahli keluarganya, aku nampak api. Aku akan bawakan berita berkenaan api itu kepada kamu

 

Justeru, maksud MANUSIA sebagai nampak adalah sebagai lawan bagi maksud JIN yang tidak nampak.

 

Bagi perkataan البشر tidak ada kata jamak. Perkataan itu merujuk kepada hakikat manusia yang tidak sama, sama ada jamak atau mufrad dan tidak terpisahkan.

 

Hal ini berbeza dengan perkataan الناس yang merupakan jamak dari perkataan الإنسان, kerana ia boleh dipilah-pilahkan antara satu dengan yang lain. Apabila boleh dipilah, maka wujud perbezaan satu manusia disebut kafir, satu manusia lain disebut mukmin, satu manusia lain disebut munafiq, satu manusia disebut melayu, cina, india dan sebagainya.

 

Memandangkan ayat sebelum ini, menyebut berkenaan jenis-jenis manusia; beriman, kufur dan munafiq, tidak hairan digunakan lafaz الناس berbanding menggunakan perkataan البشر

 

اعْبُدُوا رَبَّكُمُ

 

Beribadatlah kepada Tuhan kamu

 

[19] Surah al-Baqarah berada selepas dari surah al-Fatihah. Dalam surah al-Fatihah, terdapat ayat إِيَّاكَ نَعْبُدُ – pengiktirafan bahawa Allah adalah tuhan sahaja yang disembah.

 

Apabila dilihat pada surah al-baqarah, iaitu sejak dari ayat 1 sampai ayat 20, tidak ada lagi sebarang suruhan agar beribadat kecuali dari ayat ini. Justeru, ayat ini sebagai menjelaskan maksud إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ tersebut[11].

 

Adapun ayat 1 sehingga 20 pula, ia sebagai menjelaskan “problem statement”; permasalahan yang berlaku dalam kalangan manusia. Makanya, ayat ini sebagai penyelesaian terhadap permasalahan tersebut – iaitu, abdikan diri kepada Allah.

 

[20] Perkataan أعبدوا SHIHAB terjemah dengan “beribadatlah[12]”. HAMKA terjemahkan dengan “sembahlah olehmu[13]”.

 

Menurut USAIMIN pula, maksudnya adalah تذللوا بالطاعة – iaitu menghina diri ketika melakukan taat kepadaNya[14], dalam pada itu ada kehendak mahu mendekatkan diri kepadaNya[15].

 

Suruhan ini sebagai menyeru agar manusia kembali kepada asal mereka diciptakan, iaitu firman Allah[16];

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ (56) الذاريات

“tidak aku ciptakan jin dan manusia kecuali supaya mereka abdikan diri kepadaku”

 

Dalam penjelasan SHIHAB, beribadat itu adalah perlu tunduk, patuh dengan penuh hormat dan rasa kagum. Ia suatu bentuk kepatuhan dan ketundukan yang berpunca kepada sesuatu yang diyakini menguasai jiwa raga seseorang dengan penguasaan yang arti dan hakikatnya tidak terjangkau. Ini membezakan kepatuhan terhadap IBU BAPA dan PENGUASA[17].

 

[21] Menurut AL-QURTUBI, asal العبادة adalah الخضوع (tunduk hati) dan التذلل (merasakan diri hina)[18]. justeru, makna العبادة adalah taat, sedangkan makna التعبد adalah التسك – melaksanakan ibadat berdasarkan perintah. Justeru, maksud suruhan abdikan diri kepada Allah adalah (1) bertauhid, (2) melazimi diri dengan syariah[19].

 

[22] Dalam al-Quran, perkataan العبادة itu, lawannya adalah الطاغوت, firman Allah;

(وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اُعْبُدُوا اللهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ) (36) - الإسراء

Sesunggunya kami telah bangkitkan pada setiap umat itu akan rasul (utusan Allah); bahawa hendaklah kamu abdikan diri akan Allah dan hindari toghut”

 

[23] Dakwah para nabi adalah menyeru manusia ibadah, dan ajar manusia agar jauhi dari Taghut. Difahami dari perbuatan Nabi adalah;

a.      Membetulkan tauhid.

(يَاقَوْمِ اعْبُدُوا اللهَ مَا لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرُهُ)

Wahai Kaum, abdikan dirimu akan Allah. tiada bagi kamu dari tuhan selainNya

 

لَقَدْ أَرْسَلْنَا نُوحًا إِلَى قَوْمِهِ فَقَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرُهُ إِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ عَظِيمٍ (59)  - الأعراف

 

وَإِلَى عَادٍ أَخَاهُمْ هُودًا قَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرُهُ أَفَلَا تَتَّقُونَ (65) – الأعراف

 

وَإِلَى ثَمُودَ أَخَاهُمْ صَالِحًا قَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرُهُ قَدْ جَاءَتْكُمْ بَيِّنَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ هَذِهِ نَاقَةُ اللَّهِ لَكُمْ آيَةً فَذَرُوهَا تَأْكُلْ فِي أَرْضِ اللَّهِ وَلَا تَمَسُّوهَا بِسُوءٍ فَيَأْخُذَكُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ (73) – الأعراف

 

وَإِلَى عَادٍ أَخَاهُمْ هُودًا قَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرُهُ إِنْ أَنْتُمْ إِلَّا مُفْتَرُونَ (50) – هود

 

وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا نُوحًا إِلَى قَوْمِهِ فَقَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرُهُ أَفَلَا تَتَّقُونَ (23) – المؤمنون

 

b.      Membetulkan ibadat-ibadat yang telah dibid’ahkan oleh umat-umat sebelum baginda.

 

Apabila Al-Quran menolak amalan bid'ah yang dilakukan oleh Yahudi dan Quraish mekah, penutup ayat selalunya adalah suruhan agar bertaqwa.

contoh;

apabila Allah menolak cara perlaksanaan hukum Qisas yang dibid’ahkan oleh Yahudi, lalu dipesan agar bertaqwa (al-Baqarah 2:178-179); Apabila Allah menolak cara puasa yang dibid’ahkan oleh Yahudi, lalu berpesan agar bertaqwa (al-Baqarah 2:183 dan 187); Apabila Allah menolak cara haji dan umrah yang dibid’ahkan oleh masyarakat Quraish, lalu berpesan agar bertaqwa (al-Baqarah 2:194 dan 196).

 

c.       Menyeru manusia kepada kebaikan fitrah.

 

[24] Untuk mendapat rasa ABDI itu;

a.      Tidak anggap apa yang ada pada tangannya sebagai milik peribadinya, tetapi milik Allah.

b.       Semua aktiviti hidupnya berkisar apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang.

c.       Semua perilakunya dipastikan atas kehendak Allah, bukan selainya.

 

Dalam kupasan IBN JAWZI, Ibn Abbas kemukakan dua tafsiran berkenaan ibadat;

a.      Tauhid.

b.      Taat.

 

اعْبُدُوا رَبَّكُمُ

 

[25] maksud dengan رب iaitu pendidik dan pemelihara. Terhadap makhluknya, adanya sifat pemberi rezeki, kasih sayang, pengampun dan sebagainya. Ada beberapa pengajaran dari hal ini;

a.       Sifat “rab” ini adalah bukti bahawa Allah itu wajar disembah dan diabdikan diri[20].

b.       Apabila sifat pendidik dan pemelihara, sudah pasti sesekali ada mengancam[21]. Sepertimana seseorang guru yang mendidik murid, kadangkala ada tindakan garang dan marah untuk memastikan murid tidak berani melakukan sesuatu perkara yang tidak sepatutnya.

 

[26] Apabila Allah suruh “abdikan diri kepadaNya” dengan menyebut “Rab”, bukan “ilah”; ini dalil bahawa dalam beribadat perlu ada pengakuan dalam diri terhadap ilah bagi Allah[22].

 

[27] Walaupun Allah suruh manusia beribadat kepadaNya, tetapi tidak bermakna bahawa Allah berhajat kepada manusia menyembahnya sehingga ada terkurang jika tidak disembah, atau terlebih jika DIA disembah. Abdikan diri kepada Allah adalah kepentingan bagi manusia yang menyembah. Jika dia tidak sembah, maka dia yang rugi. Jika dia menyembah, maka dia dapat keuntungan[23].

 

[28] Dalam ayat lepas, disebutkan azab yang dahsyat terhadap Orang kafir dan munafiq. Namun, dalam ayat ini diseru agar abdikan diri kepadaNya bersifat sejagat, iaitu dengan panggilan “WAHAI MANUSIA”. kata Shihab, ini adalah bukti betapa kasih sayangNya Allah kepada makhluk, khususnya manusia. walaupun dijanjikan azab, tetapi tetap menyeru kepada agar selamatkan diri dari azab[24].

 

PERBAHASAN HUKUM

[29] Apabila ayat suruh IBADAH ditujukan kepada semua, termasuk orang kafir, berlaku khilaf dalam kalangan ulama berkenaan apakah orang kafir juga dituntut lakukan furuk syariah?

a.      Qurtubi kata, orang kafir tidak dituntut untuk lakukan furuk syariah. Adapun ayat ini, ia adalah suruhan agar beriman, bertauhid dan benarkan Nabi saw[25]. justeru, apabila mereka sudah bertauhid dan beriman, baru mereka dituntut untuk laksanakan furuk syariah.

b.      Ada pendapat kata, orang kafir memang dituntut agar lakukan furuk syariah. Justeru, dengan tidak beriman, mereka hadapi dua dosa; (1) dosa tidak beriman. (b) dosa tidak lakukan furuk syariah.

 

الَّذِي خَلَقَكُمْ وَالَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ

 

yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu

 

[30] dari sudut psikologi manusia; salah satu cara untuk menarik minat seseorang adalah menyebut jasa dan bakti yang telah diberikan kepadanya.

 

Contohnya;

kita tarik minat agar orang buat baik kepada ibu bapa, kita sebut jasa dan bakti yang telah ibu bapa lakukan.

kita sayang seseorang, salah satunya adalah disebabkan budi baik dan jasa yang dia telah berikan kepada kita.

 

Makanya;

Allah menyebut budi baik dan jasa yang DIA telah berikan kepada manusia, iaitu menciptakan kita dan mencipta bapa, atuk, nenek, moyang kita dan sebagainya.

 

[31] Allah menyebut “mencipta kamu dan orang sebelum kamu”, kerana itu adalah nikmat yang paling dekat dengan kita. Hal ini kerana, tanpa kewujudan kita, pasti kita tidak dapat kecapi nikmat alam dll; tanpa ibu bapa kita, kita tidak wujud atas muka bumi ini.

 

[32] BASYA kata, apabila disebutkan bahawa Allah BERQUDRAH untuk mencipta, maka DIA layak untuk diabdikan diri. Ini sebagai sindiran kepada MUSYIRIKIN yang menyembah kepada berhala yang tidak mempunyai sebarang QUDRAH[26].

 

[33] RAZI kata, ayat ini menjadi dalil bahawa kewujudan pencipta itu dapat diketahui dengan melihat kepada alam. Alam sebagai petunjuk kewujudan pencipta[27].

 

[34] Allah menyebut والذين مِن قَبْلِكُمْ, iaitu merujuk kepada ibu bapa, atok, nenek dan sebagainya; semua ini, secara fitrahnya manusia menerima bahawa perlu hormati mereka. bahkan al-Quran juga sebut;

{وقضى رَبُّكَ أَلاَّ تعبدوا إِلاَّ إِيَّاهُ وبالوالدين إِحْسَاناً إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الكبر أَحَدُهُمَا أَوْ كِلاَهُمَا فَلاَ تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّ وَلاَ تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلاً كَرِيماً} [الإسراء: 23]

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

 

Dalam pada manusia akui bahawa ibu bapa perlu dihormati sehingga tidak boleh kata “oh” sekalipun, maka sudah pasti perlu hormati ALLAH sebagai Tuhan yang mencipta kita dan ibu bapa kita[28].

 

لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ (21)

 

supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa

 

[35] dalam terjemahan Hamka: “Supaya kamu TERPELIHARA[29]

 

Terjemahan HAMKA ini amat dekat dengan pentafsiran IBN KAMAL AL-BASYA pula, dia tafsirkan dengan: تجعلون العبادة وقايتكم – kamu jadikan ibadat kamu sebagai cara untuk memelihara kamu[30].

 

[36] Dalam al-Quran, taqwa merujuk kepada ketaatan mutlak kepada Allah. Ekoran itu, apabila Allah menolak cara perlaksanaan hukum Qisas yang dibid’ahkan oleh Yahudi, lalu dipesan agar bertaqwa (al-Baqarah 2:178-179); menolak cara puasa yang dibid’ahkan oleh Yahudi, lalu berpesan agar bertaqwa (al-Baqarah 2:183 dan 187); menolak cara haji dan umrah yang dibid’ahkan oleh masyarakat Quraish, lalu berpesan agar bertaqwa (al-Baqarah 2:194 dan 196).

 

Justeru, pesanan taqwa ada kaitan lakukan ibadat berasaskan ketaatan tanpa ada sebarang bid’ah.

 

Makanya, dalam muqaddimah ayat ke-21 ini, disuruh beribadat. Ditutup dengan harapan bertaqwa. Ini adalah isyarat bahawa taqwa tidak akan berlaku kecuali wujud perhambaan diri kepada Allah yang dalam melakukaan taat, tidak akan berani menambah dan mereka-reka perkara yang tidak diajar oleh Allah.

 

[37] perkataan لعل, ZAMAKHSYARI kata, ia mengandungi makna MAJAZ. Iaitu, pengharapan dari pihak manusia, bukan dari pihak tuhan[31]. Hal ini kerana, mana mungkin tuhan itu berharap, sedangkan Allah itu maha berkuasa. Justeru, pengharapan hanya dari pihak makhluk.

 

Justeru, pengharapan di sini adalah mereka dalam kebebasan, terpulang kepada mereka mahu memilih kufur atau iman, tetapi kalau mereka memilih iman, maka itu adalah terbaik bagi mereka.

 

Apabila difahami bahawa ketaatan mesti dari sumber wahyu, maka ia seragam dengan ayat sebelum ini (ayat 19) bahawa pemaknaan bagi kata كَصَيِّبٍ مِنَ السَّمَاءِ – hujan yang turun dari langit adalah merujuk kepada al-Quran dan aturan Nabi saw.

 

[38] Taqwa ada banyak maksud;

a.      Takut dari syirik. Ini pendapat IBN ABBAS.

b.      Takut azab neraka. Ini pendapat AL-DAHHAQ

c.       Takut dengan makna taat. Ini pendapat MUJAHID[32].

 

[39] dari sudut kata, perkataan TAQWA bermaksud “berhati-hati dari melakukan perkara yang tidak disukai”. Dalam masyarakat arab, perkataan itu sinonim dengan orang yang kuat beragama[33].

 

 

 



[1] Basya:1/90

[2] Usaimin:1/72 | Zahrah:154

[3] Kasyaf:1/89

[4] razi:2/320

[5] Zahrah:154

[6] kasyaf:1/91

[7] kasyaf:1/91

[8] Zad:1/42

[9] Shihab:1/120

[10] Kasyaf:1/89 | razi:2/320

[11] Kasyaf:1/88 | Razi:2/319

[12] shihab:1/119

[13] hamka:1/139

[14] Usaimin:1/73

[15] Usaimin:1/73

[16] Usaimin:1/73

[17] shihab:1/119

[18] Asyur:1/326

[19] Qurtubi:1/225

[20] shihab:1/119

[21] Shihab:1/121

[22] Usaimin:1/73

[23] shihab:1/119

[24] Shihab:1/121

[25] qurtubi:1/326

[26] Basya:1/92

[27] Razi:2/323

[28] Syakrawi:1/184

[29] hamka:1/139

[30] basya:1/94

[31] Shihab:1/122

[32] Zad:1/43

[33] Asyur:1/330

No comments:

Post a Comment

(2) SURAH AL-BAQARAH 22

  BAQARAH 2:22   الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ فِرَاشًا وَالسَّمَاءَ بِنَاءً وَأَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْ...