Saturday, April 22, 2023

(2) SURAH AL-BAQARAH 2

 

SURAH AL-BAQARAH 2:2

 

ذَلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ (2)

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa

 

HUBUNGAN AYAT

 

Dalam surah al-Fatihah, diminta dengan Allah agar tunjukkan jalan yang lurus.

 

 

Dalam ayat ini, dijelaskan jalan yang lurus itu dapat diketahui melalui kitab suci al-Quran.

 

 

[1] al-Quran adalah kitab yang berbeza dengan kitab-kitab sebelum ini, iaitu kitab-kitab dahulu tidak ada jaminan penjagaan dari Allah, sedangkan al-Quran ada jaminan.

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ (9) – الحجر

 

[2] Apabila al-Quran sudah ada jaminan penjagaan dari Allah, tidak hairan al-Quran ini tidak diragukan walaupun sedikit. Hal ini berbeza dengan kitab-kitab sebelum ini, sehingga tidak diketahui antara kalam tuhan dan kalam paderi dan pendeta.

 

[3] Apabila al-Quran tidak diragukan, sudah pasti al-Quran adalah sandaran yang amat berasas untuk bertemu jalan yang lurus untuk sampai ke syurga. Dengan ini bermaksud, meneliti kitab-kitab sebelum ini, ia tidak membawa kepada jalan yang sampai ke syurga.

 

ذَلِكَ الْكِتَابُ

 

[4] Perkataan ذلك bermakna “itu”—isyarat terhadap sesuatu yang jauh.

 

Persoalannya; kenapa disebutkan “itu kitab”? Kenapa tidak digunakan “ini kitab”?

 

a.                  Surah al-Baqarah diturunkan di Madinah. bermakna, sebelum turun surah al-Baqarah, sudah banyak surah yang telah diturunkan.

 

Al-Qurtubi menukilkan pendapat bahawa semasa di Mekah, Allah turunkan ayat “sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya”;

إِنَّا سَنُلْقِي عَلَيْكَ قَوْلًا ثَقِيلًا (5) المزمل

 

Sejak turun ayat ini, nabi saw terbeban dengan ayat-ayat al-Quran yang diturunkan, sehingga Allah turunkan ayat ke-2, surah al-Baqarah ini di Madinah.

 

Ia memberi isyarat bahawa semua surah-surah sebelum ini yang merupakan kandungan al-Quran tidak ada sebarang keraguan langsung[1].

 

b.                  Surah al-Baqarah diturunkan di Madinah, iaitu di tempat yang terdapat ramai ahli kitab. Justeru, ia sebagai isyarat kepada kitab taurat dan injil yang telah diselewengkan oleh Yahudi dan Nasrani sehingga ia amat meragukan, sedangkan al-Quran tidak berlaku sebarang penyelewengan padanya yang sudah pasti tidak ada keraguan padanya.

 

baca sama kupasan تلك ايات الكتاب الحكيم dalam surah Luqman, ayat 2


AL-QURAN DICATAT BERBANDING HADIS

[5] al-Quran disebut sebagai kitab, kerana ia adalah proses “kitabah”—ditulis di era wahyu lagi[2].

 

Tidak pernah ada larangan menulis al-Quran, tetapi terdapat larangan dari menulis hadis. dalam hadis—daripada Abu Said al-Khudri bahawa Rasulullah saw bersabda:

 

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لَا تَكْتُبُوا عَنِّي، وَمَنْ كَتَبَ عَنِّي غَيْرَ الْقُرْآنِ فَلْيَمْحُهُ – مسلم, 3004

Jangan kamu tulis dari aku. Barangsiapa yang tulis aku selain al-Quran, hendaklah dia padam”

 

Larangan menulis hadis tertumpu kepada mereka yang terelak dari tersalah menulis, sedangkan bagi mereka yang memungkinkan berbuat silap dan terkeliru, Nabi saw larang mereka menulis hadis.

 

Larangan menulis hadis itu adalah untuk nak elak dari individu yang menulis itu terkeliru sehingga tidak dapat nak bezakan antara al-Quran dan hadis. Dengan sebab Nabi saw izinkan kepada Abdullah bin Amru menulis hadis. dalam hadis—daripada Abdullah bin Amru berkata:

 

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو، قَالَ: كُنْتُ أَكْتُبُ كُلَّ شَيْءٍ أَسْمَعُهُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُرِيدُ حِفْظَهُ، فَنَهَتْنِي قُرَيْشٌ وَقَالُوا: أَتَكْتُبُ كُلَّ شَيْءٍ تَسْمَعُهُ وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَشَرٌ يَتَكَلَّمُ فِي الْغَضَبِ، وَالرِّضَا، فَأَمْسَكْتُ عَنِ الْكِتَابِ، فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَأَوْمَأَ بِأُصْبُعِهِ إِلَى فِيهِ، فَقَالَ: «اكْتُبْ فَوَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ مَا يَخْرُجُ مِنْهُ إِلَّا حَقٌّ» - ابو داود, 3646

Aku selalu tulis semua perkara yang aku dengar dari Rasulullah saw—bertujuan untuk aku hafal. Quraish melarang aku—mereka kata: apakah kamu tulis semua perkara yang kamu dengar dari Rasulullah sedangkan baginda adalah manusia biasa yang bercakap juga dalam keadaan marah dan gembira. Aku berhenti menulis, lalu aku ceritakan hal itu kepada Rasulullah saw. Baginda mengisyaratkan tangannya pada mulutnya seraya berkata: tulislah. Demi nyawaku berada di tanganNya, tidak keluar dari ini kecuali kebenaran

 

لَا رَيْبَ فِيهِ

 

[6] perkataan ريب—diterjemahkan sebagai RAGU, SHIHAB kata, ia bermaksud sebarang sangkaan yang buruk. Kalau sekadar ragu yang bersifat umum, perkataannya adalah شك. Dengan itu, ragu yang jahat, itu dilarang dalam agama.

 

Namun, kalau keraguan itu bermula dengan tujuan untuk mencari kebenaran, itu tidak dilarang[3].

 

[7] Dalil bahawa tiada keraguan terhadap al-Quran adalah, apabila Allah cabar orang arab datangkan satu ayat seperti al-Quran, tetapi mereka gagal lakukan.

 

وَإِنْ كُنْتُمْ فِي رَيْبٍ مِمَّا نَزَّلْنَا عَلَى عَبْدِنَا فَأْتُوا بِسُورَةٍ مِنْ مِثْلِهِ وَادْعُوا شُهَدَاءَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ (23) – البقرة

“Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar”

 

هُدًى لِلْمُتَّقِينَ (2)

 

[8] maksud هدى adalah petunjuk kepada jalan yang lurus serta mendapat bantuan khusus[4].

 

Al-Syakrawi pula kata: “Hidayah adalah pentunjuk atas jalan yang boleh sampai kepada destinasi yang mahu dicapai[5]

الهدى هو الدلالة على طريق يوصلك الى ما تطلبه

 

Dalam surah al-Fatihah, Allah suruh kita meminta denganNya agar ditunjukkan jalan yang lurus.

اهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ [الْفَاتِحَة: 6]

 

 Dalam ayat ini, Allah memberitahu bahawa jalan yang lurus itu dapat dari dua sudut:

(a)                Sumber rujukan, iaitu kitab.

(b)               Hati yang bertaqwa—iaitu ada perasaan takut masuk ke neraka atau takut tidak masuk ke syurga jika tidak ikut kitab.

 

[9] dari sudut akar kata, perkataan تقوى berasal dari kata وقىوقاية yang diterjemahkan oleh HAMKA dengan MEMELIHARA.

 

Justeru, pada HAMKA, makna taqwa adalan memelihara diri—jangan sampai terperosok kepada perbuatan yang tidak diredhai oleh Tuhan. Memelihara segala perintahNya supaya dapat dijalankan.

 

Hamka menjelaskan lagi, perkataan TAQWA jangan dibataskan pada makna takut, kerana takut itu satu juzuk kecil bagi maksud TAQWA. Dalam taqwa, terkandung cinta, kasih, harap, cemas, tawakkal, redha, sabar dan sebagainya[6].

 

Menurut SHIHAB pula, perkataan TAQWA bermaksud MENGHINDAR. Ia merangkumi kepada tiga jenis:

(a)                Hindar dari kekufuran dengan cara beriman kepada Allah.

(b)                Melaksanakan perintah dan larangan Allah sedaya mampu.

(c)                Menjauhkan diri dari sebarang perkara yang boleh hilangkan ingatan kita kepada Allah[7].

[10] Hakikat taqwa sepertimana dalam al-Quran, tujuannya membawa kepada:

(a)                  Makna Iman:

 

وَأَلْزَمَهُمْ كَلِمَةَ التَّقْوى [الْفَتْحِ: 26]

“meminta mereka tetap berpegang kepada "Kalimah Taqwa"—iaitu keimanan[8]

 

(b)                  kadangkala bertujuan tauhid;

 

أُولئِكَ الَّذِينَ امْتَحَنَ اللَّهُ قُلُوبَهُمْ لِلتَّقْوى [الْحُجُرَاتِ: 3]

“merekalah orang-orang yang telah dibersihkan Allah hati mereka untuk bertaqwa”–iaitu berpegang atas tauhid[9].

 

 قَوْمَ فِرْعَوْنَ أَلا يَتَّقُونَ [الشُّعَرَاءِ: 11]

"Iaitu kaum Firaun; tidakkah mereka mahu mengawal diri dari kemurkaanKu?—iaitu berpegang teguh atas tauhid[10].

 

(c)                  Makna taubat;

 

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرى آمَنُوا وَاتَّقَوْا [الْأَعْرَافِ: 96]

“kalau penduduh ahli Qaryah beriman dan bertaqwa”—iaitu mereka selalu bertaubat[11].

 

(d)                  Makna ketaatan;

 

أَنْ أَنْذِرُوا أَنَّهُ لَا إِلهَ إِلَّا أَنَا فَاتَّقُونِ [النَّحْلِ: 2]

"Hendaklah kamu menegaskan kepada umat manusia bahawa tiada Tuhan melainkan Aku. Oleh itu, bertaqwalah kamu kepadaku”—iaitu taatilah Allah[12].

 

أَفَغَيْرَ اللَّهِ تَتَّقُونَ [النَّحْلِ: 52]

“Apakah selain Allah kamu semua taqwa”—iaitu kamu taat selain Allah[13]

 

وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاتَّقُونِ [الْمُؤْمِنُونَ: 52]

“Aku adalah tuhan kamu, maka taqwalah kepadaku”—iaitu hendaklah kamu taat kepadaKu[14].

 

(e)                  Makna tinggalkan dosa dan maksiat[15].

 

وَأْتُوا الْبُيُوتَ مِنْ أَبْوابِها وَاتَّقُوا اللَّهَ [الْبَقَرَةِ: 189]

“datangilah rumah dari pintunya, dan taqwalah kepada Allah”—iaitu tinggalkan dosa terhadap Allah[16]

 

(f)                   Makna keikhlasan.

 

فَإِنَّها مِنْ تَقْوَى الْقُلُوبِ [الْحَجِّ: 32]

“Ia adalah dari taqwa hati”—iaitu lambang keikhlasan hati

 

وَإِيَّايَ فَاتَّقُونِ [الْبَقَرَةِ: 41]

“terhadap Aku, hendaklah kamu taqwa”—iaitu ikhlaskan hati kepada Allah[17]

 

[11] Definisi taqwa:

 

(a)                Ali bin Abi Talib;

التَّقْوَى تَرْكُ الْإِصْرَارِ عَلَى الْمَعْصِيَةِ، وَتَرْكُ الِاغْتِرَارِ بِالطَّاعَةِ. – الرازي

“taqwa adalah meninggalkan perbuatan yang membuat maksiat, dan meninggalkan hal-hal yang meninggalkan ketaatan[18]

 

(b)               Al-Hasan;

 

التقوى أن لا تختار عل اللَّهِ سِوَى اللَّهِ، وَتَعْلَمَ أَنَّ الْأُمُورَ كُلَّهَا بِيَدِ اللَّهِ - الرازي

“taqwa adalah tidak memilih terhadap Allah selain Allah. kamu tahu bahawa semua perkara berada di tangaNya[19]

 

(c)                Ibrahim bin Adham:

 

التَّقْوَى أَنْ لَا يَجِدَ الْخَلْقُ فِي لِسَانِكَ عَيْبًا. وَلَا الْمَلَائِكَةُ فِي أَفْعَالِكَ عَيْبًا وَلَا مَلِكُ العرش في سرك عيباً - الرازي

“Taqwa adalah tidak dapati aib pada lidah kamu, malaikat pula tidak dapati aib pada perangai kamu, seluruh malaikat arash tidak dapati aib pada diri kamu yang tersembunyi[20]

 

(d)               Al-Wafidi:

 

التَّقْوَى أَنْ تُزَيِّنَ سِرَّكَ لِلْحَقِّ كَمَا زَيَّنْتَ ظَاهِرَكَ لِلْخَلْقِ - الرازي

Taqwa adalah kamu hiasi perkara tersembunyi kami dengan kebenaran sepertimana kamu hiasi hal itu pada zahir kamu untuk makhluk[21]

 

(e)               Abu Yazid al-Bistami:

 

الْمُتَّقِي مَنْ إِذَا قَالَ قَالَ لِلَّهِ، وَمَنْ إِذَا عَمِلَ عَمِلَ لِلَّهِ. – القرطبي

“orang bertaqwa adalah mereka yang apabila dia bercakap, dia bercakap kerana Allah. apabila dia beramal, dia beramal kerana Allah[22]

 

(f)                 Abu Sulaiman al-Daraniy:

 

الْمُتَّقُونَ الَّذِينَ نَزَعَ اللَّهُ عَنْ قُلُوبِهِمْ حُبَّ الشَّهَوَاتِ - القرطبي

“orang yang bertaqwa adalah mereka mencabut kesayangan terhadap syahwat dari hati mereka kerana Allah[23]

 

(g)                Umar bin al-Khattab:

 

وَسَأَلَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أُبَيًّا عَنِ التَّقْوَى، فَقَالَ: هَلْ أَخَذْتَ طَرِيقًا ذَا شَوْكٍ؟ قال: نعم، قَالَ فَمَا عَمِلْتَ فِيهِ؟ قَالَ: تَشَمَّرْتُ وَحَذِرْتُ، قَالَ: فَذَاكَ التَّقْوَى – القرطبي

Umar bertanya Abay berkenaan taqwa. Dia menjawab: Apakah kamu pernah berjalan di laluan yang ada duri? Jawab Umar: ya. Dia bertanya lagi: apa yang kamu lakukan ketika itu? jawab Umar: aku akan meraba-raba dengan kakiku dan berhati-hati. Dia jawab: itulah taqwa[24]

 

[12] Dari konteks Ayat, al-Qurtubi kata, maksud taqwa dalam ayat ini adalah جماع الْخَيْرِ كُلِّهِ—himpunan segala kebaikan. Ia adalah خَيْرُ مَا يَسْتَفِيدُهُ الْإِنْسَانُ—kebaikan yang manusia boleh dapat manfaat darinya[25].

 

[13] Perkataan المتقين dalam ayat ini digunakan kata nama, bukan kata perbuatan. Justeru, ia memberi maksud ketaqwaan itu sebati dalam diri manusia sehingga ia berbakat.

 

Dengan sebab itu Ibn Abbas kata: orang bertaqwa adalah orang mukmin yang takutkan syirik terhadap Allah dan taat dengan perintah Allah[26]

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ: {لِلْمُتَّقِينَ} قَالَ: الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يتَّقون الشِّرْكَ بِي، وَيَعْمَلُونَ بِطَاعَتِي.

 

Hasan al-Basri pula kata: “orang bertaqwa adalah orang yang bimbang dari melakukan perkara yang Allah haramkan dan mereka tunaikan apa yang Allah fardukan”[27].

عَنِ الْحَسَنِ الْبَصْرِيِّ، قَوْلَهُ: {لِلْمُتَّقِينَ} قَالَ: اتَّقوا مَا حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ، وَأَدَّوْا مَا افْتَرَضَ عَلَيْهِمْ.

 

Dalam pada itu, taqwa itu ada tahapannya. Sebab itu, Allah bersabda: “taqwalah kamu kepada Allah kadar kemampuan kamu[28]

فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ [التغابن: 16]

 

[14] Ibn Majah meriwayatkan hadis—daripada Abu Umamah bahawa Nabi saw ada bersabda:

 

مَا اسْتَفَادَ الْمُؤْمِنُ بَعْدَ تَقْوَى اللَّهِ خَيْرًا لَهُ مِنْ زَوْجَةٍ صَالِحَةٍ إِنْ أَمَرَهَا أَطَاعَتْهُ وَإِنْ نَظَرَ إِلَيْهَا سَرَّتْهُ وَإِنْ أَقْسَمَ عَلَيْهَا أَبَرَّتْهُ وَإِنْ غَابَ عَنْهَا نَصَحَتْهُ فِي نَفْسِهَا وَمَالِهِ

Manfaat yang mukmin dapat selepas taqwa kepada Allah adalah dia mendapat isteri yang solehah. Apabila dia suruh, isterinya taat; apabila dia melihat kepada isterinya, hatinya gembira; apabila dia tiada di rumah, isterinya jujur dengan maruah dirinya dan hartanya[29].

 

[15] ayat ini ada tiga hal penting: (1) TIDAK ADA KERAGUAAN, (2) PETUNJUK, dan (3) ORANG BERTAQWA.

 

Menurut Hamka, al-Quran ada menyebut ayat: tidak boleh menyentuh al-Quran kecuali orang yang disucikan;

 

لَا يَمَسُّهُ إِلَّا الْمُطَهَّرُونَ (79) – الواقعة

“tidak menyentuhnya kecuali orang yang disucikan”

 

Ini memberi maksud hati yang bersih (bertaqwa) sahaja yang tidak meragui al-Quran serta al-Quran itu menjadi petunjuk kepadanya[30]. Penjelasan yang sama dikemukakan oleh SYED QUTB[31].

 

PENGAJARAN

 

[16] Macam mana al-Quran dianggap sebagai petunjuk, sedangkan dalam al-Quran terhadap ayat MUTASYABIHAT?

 

JAWAB: petunjuk diikut, apabila manusia ada dua faktor:

(a)                Memahami kandungan petunjuk dengan akal mereka.

(b)               Hati rasa tunduk.

 

Pada perkara (b), ia tidak berlaku kalau individu itu merasakan dia serba tahu. Apabila ada perkara yang dia tahu sekadar tanggapan sahaja, itu bermakna dia sudah ada kesedaran bahawa dalam hidup ini, ada lagi perkara yang dia tidak tahu.

 

Apabila ini ada dalam hatinya, maka dia rendah diri dan mudah nak akur terhadap petunjuk.

 

[17] Kalau al-Quran itu adalah petunjuk, kenapa ada golongan teroris?

 

JAWAB: setiap perkara ada dua hal;

(a)                Memahami dengan betul.

(b)               Salah dalam pemahaman.

 

Jahil itu bukan kerana tidak mempunyai maklumat. Tetapi, jahil itu, apabila memahami sesuatu maklumat dalam pemahaman yang salah. Justeru, teroris itu berlaku disebabkan factor (b).

 

 

 



[1] Razi:1/259, Qurtubi:1/158

[2] Asyur:1/221

[3] Shihab:1/88

[4] Qurtubi:1/105

[5] khawatir:1/118

[6] Hamka:1/115

[7] Shihab:1/89

[8] Razi:1/267

[9] Razi:1/267

[10] Razi:1/267

[11] Razi:1/267

[12] Razi:1/267

[13] Razi:1/267

[14] Razi:1/267

[15] Razi:1/267

[16] Razi:1/267

[17] Razi:1/267

[18] Qurtubi:1/162

[19] Qurtubi:1/162

[20] Qurtubi:1/162

[21] Qurtubi:1/162

[22] Qurtubi:1/162

[23] Qurtubi:1/162

[24] Qurtubi:1/162

[25] Qurtubi:1/162

[26] Kathir:1/163

[27] Kathir:1/163

[28] Kathir:1/163

[29] Qurtubi:1/162

[30] Hamka:1/115

[31] Shihab:1/90

No comments:

Post a Comment

(2) SURAH AL-BAQARAH 22

  BAQARAH 2:22   الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ فِرَاشًا وَالسَّمَاءَ بِنَاءً وَأَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْ...