Sunday, May 28, 2023

(2) SURAH AL-BAQARAH 12

 

SURAH AL-BAQARAH 2:12

 

أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ الْمُفْسِدُونَ وَلَكِنْ لَا يَشْعُرُونَ (12)

Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya

 

HUBUNGAN AYAT

AYAT 11

AYAT 12

 

Munafiq degil tidak mahu dengar nasihat. Bahkan, spin lagi – kononnya mereka yang buat islah.

 

 

Tuhan tegaskan, islah yang mereka dakwa itu hakikat adalah fasad.

 

[1] Setelah mereka degil dari menerima kebenaran dan kebaikan. Lebih parah lagi, mereka anggap keburukan pula sebagai kebaikan, maka Allah jelaskan bahawa hakikat mereka adalah kehancuran tanpa mereka sedar.

 

أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ الْمُفْسِدُونَ

 

Bagaimana tidak pula, mereka sesungguhnya pelaku kerosakan

 

[2] Apabila Allah nafikan dakwaan mereka sebagai MUSLIH, bahkan mengatakan pula bahawa mereka AL-MUFSID;

a.                  Membuktikan sesuatu dakwaan BAIK tidak boleh terus diterima. Dalam ayat lain, Allah ada berfirman;

 

أَفَمَنْ زُيِّنَ لَهُ سُوءُ عَمَلِهِ فَرَآهُ حَسَنًا فَإِنَّ اللَّهَ يُضِلُّ مَنْ يَشَاءُ وَيَهْدِي مَنْ يَشَاءُ فَلَا تَذْهَبْ نَفْسُكَ عَلَيْهِمْ حَسَرَاتٍ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِمَا يَصْنَعُونَ (8) فاطر

Maka (fikirkanlah) adakah orang yang diperelokkan kepadanya amal buruknya (oleh Syaitan) lalu ia memandangnya dan mempercayainya baik, (bolehkah disifatkan sebagai orang yang menjalankan peraturan yang ditetapkan Allah untuk memberi hidayah kepadanya, atau sebaliknya) ? Kerana sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Oleh itu, janganlah engkau membinasakan dirimu (wahai Muhammad) kerana menanggung dukacita terhadap kesesatan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka kerjakan[1]

 

[3] Dalam kupasan ZAHRAH, perkataan ألا adalah أ الأستفهام yang merujuk kepada makna التنبيه, sedangkan لا adalah النفي. Ia memberi maksud TA’KID terhadap penafian dakwaan mereka bahawa mereka muslih, bahkan TA’KID bahawa mereka adalah MUFSID[2].

 

Selalunya diterjemah dengan KETAHUILAH, tetapi mungkin dalam bahasa melayu diterjemah dengan: BAGAIMANA TIDAK PULA.

 

[4] Perkataan الا dalam ilmu bahasa arab disebut أداة التنبيه والتأكيد (alat digunakan untuk memberi ingatan dan penguat kata). Ditambah pula dengan perkataan  إِنَّهُمْ(sesungguhnya mereka) adalah ta’kid kali ke-dua. Di tambah pula perkataan  هُمُ selepas  إِنَّهُمْ, menunjukkan ada ta’kid kali-3. Lalu, perkataan الْمُفْسِدُونَ digunakan kata nama, mempunyai penegasan kali-4, dimasukkan pula dengan “alif” dan “lam”, terkandung pula penegasan kali-5.

 

Dalam perkataan lain, hakikat mereka sebagai makhluk perosak adalah tidak boleh dinafikan walaupun sedikit. Usaimin kata, tidak ada kerosakan yang lebih besar berbanding kefasadan yang dilakukan oleh orang munafiq. Oleh itu, ia membenarkan firman Allah dalam ayat lain;

 

هُمُ الْعَدُوُّ فَاحْذَرْهُمْ (4) – المنافقون

Mereka adalah musuh, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka[3]

 

وَلَكِنْ لَا يَشْعُرُونَ (12)

 

Tetapi mereka tidak sedar (tidak rasa)

 

[5] Antara masalah besar berlaku pada umat, apabila mereka buat sesuatu kejahatan dan kerosakan, mereka tidak sedar disebalik apa yang mereka lakukan itu boleh memberi kerosakan.

 

[6] Apabila mereka mencipta kepercayaan, sudah pasti kekufuran itu dianggap sebagai sesuatu yang benar. Ayat ini menjelaskan bagaimana orang munafiq mencipta kepercayaan bahawa apa yang mereka buat adalah kebaikan. Ekoran itu, kerosakan pun apabila dipercayai sebagai kebenaran, mereka lakukan itu atas anggapan bahawa ia kebaikan.

 

[7] Pada perkataan لَا يَشْعُرُونَ, BASMEH terjemahkan dengan MEREKA TIDAK MENYEDARINYA. HAMKA pula terjemah dengan “MEREKA TIDAK SADAR”

 

[8] Maksud mereka tidak sedar itu;

(A)                Mereka merasakan tindakan jahat mereka yang membawa kepada kehancuran itu sebagai benar, malah percaya bahawa itu adalah kebenaran.

(B)                Tujuan mereka cakap bahawa tindakan mereka itu adalah kebaikan adalah untuk menutup dari diketahui bahawa tindakan mereka itu adalah kejahatan. Tanpa mereka sedar, tindakan mereka mahu menutup itu diketahui oleh Nabi dengan Allah maklumkan kepada Baginda[4].

 

[9] Dalam penjelasan HAMKA bahawa ayat ini berkaitan dengan YAHUDI yang beragama secara taksub. Sifat taksub itu sudah pasti berasaskan kepada hawa nafsu. Apabila taksub itu hawa nafsu, tidak hairan mereka akan membela walaupun dalam hal yang salah[5].

 

[10] Perkataan لا يشعرون ini, kupasan seperti berikut;

A.                  ZAHRAH kata, ia adalah emparikal secara jasad, diri dan akal. Justeru, mereka tidak sedar ini adalah secara INDERAWI; kesebatian mereka dengan kejahatan itu menyebabkan akal mereka tidak dapat berfikir dan jiwa mereka tidak dapat menyedari[6]. Ini amat selaras dengan maksud ayat ke-10 yang menyebut bahawa hati mereka ada penyakit, lalu bertambah lagi penyakit.

B.                  Usaimin kata, FASAD adalah perkara hissi (emparikal) yang dapat dirasai dengan pancaindera. Namun, dengan kebodohan, mereka tidak merasakan bahawa mereka adalah hakikat makhluk perosak[7].

 

[11] Ayat ini membuktikan bahawa memang terdapat manusia yang melakukan kerosakan dengan dia percaya bahawa kerosakan itu adalah kebaikan[8].

 

[12] Bagi orang munafiq itu, perlu diklasifikasikan kepada dua;

(1)                   orang -orang yang berilmu dalam kalangan mereka. Mereka ini mencipta kekeliruan; menganggap keburukkan itu sebagai kebaikan.

(2)                     Orang-orang jahil dalam kalangan mereka; mereka ini naif. Mereka hanya percaya sahaja dengan orang-orang alim mereka yang jahat itu.

 

Apabila Allah menyebut “MEREKA TIDAK SEDAR”, bagi dua kalangan manusia ini adalah seperti berikut;

1.                  Orang – orang alim itu sudah anggap bahawa mencipta kekeliruan sebegitu bukan satu dosa. Hal ini sepertimana dalam Surah al-Rum;

 

وَيَوْمَ تَقُومُ السَّاعَةُ يُقْسِمُ الْمُجْرِمُونَ مَا لَبِثُوا غَيْرَ سَاعَةٍ كَذَلِكَ كَانُوا يُؤْفَكُونَ (55) وَقَالَ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ وَالْإِيمَانَ لَقَدْ لَبِثْتُمْ فِي كِتَابِ اللَّهِ إِلَى يَوْمِ الْبَعْثِ فَهَذَا يَوْمُ الْبَعْثِ وَلَكِنَّكُمْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ (56) – الروم

Dan semasa berlakunya hari kiamat, orang-orang yang berdosa akan bersumpah mengatakan bahawa mereka tidak tinggal (di dalam kubur) melainkan sekadar satu saat sahaja; demikianlah mereka sentiasa dipalingkan (oleh fahaman sesatnya dari memperkatakan yang benar)  * Dan (bagi menjawabnya) berkatalah orang-orang yang berilmu serta beriman: "Demi sesungguhnya, kamu telah tinggal - menurut yang terkandung dalam Kitab Allah - sampai ke hari kebangkitan (hari kiamat); maka inilah dia hari kebangkitan (yang dijanjikan) itu, akan tetapi kamu dari dahulu lagi tidak mahu mengetahui (kebenarannya)".

 

2.                  Orang – orang naif pula, tidak mahu berfikir terhadap hakikat kebaikan; mereka hanya taqlid buta sahaja. sepertimana firman Allah;

 

وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ اتَّبِعُوا مَا أَنْزَلَ اللَّهُ قَالُوا بَلْ نَتَّبِعُ مَا أَلْفَيْنَا عَلَيْهِ آبَاءَنَا أَوَلَوْ كَانَ آبَاؤُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ شَيْئًا وَلَا يَهْتَدُونَ (170) – البقرة

Dan apabila dikatakan kepada mereka" Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah" mereka menjawab: "(Tidak), bahkan kami (hanya) menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya". Patutkah (mereka menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu (apa pun tentang perkara-perkara agama), dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah (dari Allah)?

 



[1] Usaimin:1/48

[2] Zahrah:130.

[3] Usaimin:1/47

[4] Zad:1/33

[5] Hamka:1/129.

[6] Zahrah:131

[7] Usaimin:1/47.

[8] Usaimin:1/47.

No comments:

Post a Comment

(2) SURAH AL-BAQARAH 22

  BAQARAH 2:22   الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ فِرَاشًا وَالسَّمَاءَ بِنَاءً وَأَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْ...