Saturday, April 22, 2023

(2) SURAH AL-BAQARAH 4

 

SURAH AL-BAQARAH 2:4

 

وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ (4)

Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).

 

HUBUNGAN AYAT

AYAT 3

AYAT 4

 

Tiga perkara penting:

a.                  Beriman perkara ghaib

b.                  Menunaikan solat

c.                   Infaq.

 

 

Perlu beriman lagi dengan:

a.                  Beriman dengan al-Quran

b.                  Beriman dengan kitab-kitab samawi lain

 

 

[1] Setelah Allah menjelaskan perkara dasar bagi sifat taqwa, iaitu;

(a)                Iman di dalam hati.

(b)               Amal dalam menjaga hubungan diri dengan Allah.

(c)                Amal dalam menjaga hubungan sesame manusia.

 

Makanya, Allah pun menyebut berkenaan sandaran bagi keimanan, iaitu al-Quran.

 

[2] Bukan sekadar kitab rujukan sebagai sandaran, bahkan Islam mengajar cara mengambil sikap terhadap kalangan ahli kitab yang mereka juga mempunyai kitab suci sebagai rujukan.

 

[3] Allah menjelaskan bahawa, semua ini adalah proses yang perlu dilalui. Jika berjaya dilalui proses ini, manusia akan yakin dengan perkara akhirat.

 

وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ

 

[4] Siapa yang dimaksudkan dengan “mereka yang beriman dengan apa yang telah kami turunkan”:

(a)                Ibn jarir kata, ia tertumpu kepada ahli kitab yang beriman dengan Nabi Muhammad. Alasan mereka adalah, konteks ayat ini diturunkan di awal Nabi saw sampai di Madinah; permulaan Nabi saw berhadapan dengan ahli kitab.

(b)               Jumhur ulama kata, ia tidak tertumpu kepada ahli kitab sahaja, tetapi termasuk semua manusia. hal ini kerana, semua mukmin turut wajib beriman dengan al-Quran dan kitab-kitab samawi lain

 

[5] Dalam ayat ke-3, sudah dikupas makna “IMAN”, iaitu kepercayaan dalam hati yang memberi kesan pada perbuatan.

 

Justeru, beriman dengan al-Quran adalah bukan sekadar percaya, tetapi ada kesan dari sudut pengamalan terhadap al-Quran.

 

[6] Memandangkan ayat ini diturunkan di awal Nabi saw sampai di Madinah, Abu Zahrah dan al-Razi kata, ayat ini merujuk kepada ahli kitab yang beriman dengan al-Quran, seperti Abdullah bin Salam[1].

 

Hal ini kerana, ahli kitab hanya beriman dengan kitab masing-masing, tanpa mereka beriman dengan al-Quran

 

Dalam hadis bahawa Nabi saw bersabda:

 

ثَلاَثَةٌ يُؤْتَوْنَ أَجْرَهُمْ مَرَّتَيْنِ: الرَّجُلُ تَكُونُ لَهُ الأَمَةُ، فَيُعَلِّمُهَا فَيُحْسِنُ تَعْلِيمَهَا، وَيُؤَدِّبُهَا فَيُحْسِنُ أَدَبَهَا، ثُمَّ يُعْتِقُهَا فَيَتَزَوَّجُهَا فَلَهُ أَجْرَانِ، وَمُؤْمِنُ أَهْلِ الكِتَابِ، الَّذِي كَانَ مُؤْمِنًا، ثُمَّ آمَنَ بِالنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَلَهُ أَجْرَانِ، وَالعَبْدُ الَّذِي يُؤَدِّي حَقَّ اللَّهِ، وَيَنْصَحُ لِسَيِّدِهِ – البخاري, 3011

Tiga kalangan manusia yang pahala mereka dua kali: lelaki yang ada hamba, lalu dia ajar ilmu dengan baik serta ajar adab dengan baik, kemudian dia merdekakan hamba tesebut, lalu dia nikahinya, maka baginya dua pahala; orang mukmin ahli kitab yang dia beriman, kemudian dia beriman dengan Nabi, maka baginya dua pahala; hamba yang menunaikan hak Allah dan memberi jujur dengan tuannya[2]

 

[7] Pada peringkat awal, orang Yahudi dan Nasrani percaya dengan Nabi saw. Bahkan, apabila berlaku sebarang perang, mereka akan bertawassul dengan Nabi saw yang bakal dilahirkan. Namun, dengan penyelewengan fakta agama yang dilakukan oleh ahli agama mereka, Nabi pun ditolak. Firman Allah;

 

وَلَمَّا جَآءَهُمْ كِتَابٌ مِّنْ عِندِ الله مُصَدِّقٌ لِّمَا مَعَهُمْ وَكَانُواْ مِن قَبْلُ يَسْتَفْتِحُونَ عَلَى الذين كَفَرُواْ فَلَمَّا جَآءَهُمْ مَّا عَرَفُواْ كَفَرُواْ بِهِ فَلَعْنَةُ الله عَلَى الكافرين (89) - البقرة

Dan ketika datang kepada mereka sebuah Kitab dari Allah (Al Quran), yang mengesahkan apa yang ada pada mereka (Kitab Taurat), sedang mereka sebelum itu sentiasa memohon (kepada Allah) kemenangan atas kaum kafir musyrik (dengan kedatangan seorang Nabi pembawa Kitab itu). Setelah datang kepada mereka apa yang mereka sedia mengetahui kebenarannya (Nabi Muhammad dan Al Quran), mereka mengingkarinya; maka (dengan yang demikian), laknat Allah menimpa orang-orang yang kafir ingkar itu”

 

وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ

 

[8] Al-Qurtubi kata, ada riwayat menyatakan bahawa asal ayat ini diturunkan adalah apabila Allah turunkan ayat: الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ, orang yahudi dan Nasrani di Madinah kata, bahawa mereka beriman perkara ghaib.

 

Apabila sampai pada ayat: وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ, orang Yahudi dan Nasrani di Madinah kata bahawa mereka menunaikan solat.

 

Apabila sampai pada ayat وَمِمَّا رَزَقْناهُمْ يُنْفِقُونَ, mereka kata bahawa mereka melakukan infaq dan sedekah.

 

Lalu, apabila turun ayat وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِما أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَما أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ, mereka pun lari[3]

 

[9] Iman dalam naratif Islam adalah taat. Ekoran itu, al-Quran letak syarat iman adalah percaya dengan taurat dan injil, walaupun tidak diamalkan. Hal ini kerana, asas ketaatan adalah tidak boleh beramal dengan kitab mereka.

 

[10] Kitab-kitab samawi sebelum ini sudah mansukh. Pun begitu, Allah wajibkan agar beriman. Justeru, ia adalah dalil bahawa hukum Mansukh itu perlu diimani, walaupun tidak boleh diamalkan[4].

 

[11] Ini yang membezakan antara Islam dan ahli kitab (Yahudi dan Nasrani); iaitu, islam kena Imani juga kitab-kitab taurat dan injil, sedangkan orang yahudi hanya beriman dengan kita mereka tanpa Imani al-Quran. hal yang sama berlaku pada Nasrani.

 

وَبِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ (4)

 

[12] Dalam Surah al-Fatihah, ada ayat: مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ (4), yang berkaitan dengan alam akhirat. Lalu ayat ini menjelaskan berkenaan keyakinan terhadap alam akhirat.

 

[13] Ada konsep hidup lepas mati, merupakan salah satu asas konsep agama samawi.

 

[14] konsep alam akhirat untuk halang manusia buat jahat. Apabila manusia memikirkan azab selepas mati, mereka takut dari melakukan kejahatan. Apabila mereka memikirkan nikmat syurga selepas mati, ia menjadi motivasi untuk mereka melakukan kebaikan di dunia.

 

[15] Dalam ayat ini, digunakan perkataan يوقنون dari timbangan افعال, iaitu bersifat متعدي; ia bermaksud keyakinan itu bukan datang sendiri, tetapi keyakinan itu tercapai dengan proses pencarian dan ilmu.

 

Ia sama seperti keyakinan terhadap kewujudan Anwar Ibrahim di hadapan lelaki buta. Dia diberitahu bahawa Anwar Ibrahim berada di hadapannya; dia mungkin percaya, tetapi tidak sampai tahap yakin.

 

Tetapi, apabila dia mendengar suara; itu masih lagi KEMUNGKINAN kerana boleh sahaja itu adalah orang lain yang mempunyai suara seiras suara Anwar Ibrahim.

 

Namun, dengan pengalaman dia berkomunikasi, wangian yang dipakai, lenggok suara dan sebagainya, itu yang menjadikan dia yakin bahawa individu yang berada di hadapannya adalah Anwar Ibrahim.

 

[16] HAMKA kata, kesempurnaan bagi iman adalah YAKIN dengan kehidupan alam akhirat.

 

PENGAJARAN

 

[17] Ayat ini menjadi dalil bahawa Islam meletakkan asas bahawa kebenaran adalah kebenaran, walaupun ia datang dari kalangan yang berbeza agama dengan muslim. Dengan sebab itu, kitab taurat dan injil itu bukan kitab muslim, tetapi ia tetap wajib diimani.

baca sama ayat 4 dan ayat 5, Surah Luqman


[1] Razi:2/277

[2] zahrah:109

[3] qurtubi:1/180

[4] Razi:1/180

No comments:

Post a Comment

(2) SURAH AL-BAQARAH 22

  BAQARAH 2:22   الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ فِرَاشًا وَالسَّمَاءَ بِنَاءً وَأَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْ...