|
SURAH AL-FATIHAH 1:3 |
الرَّحْمَنِ
الرَّحِيمِ (3)
Maha pemurah lagi maha penyayang
|
HUBUNGAN AYAT |
|
|
AYAT 2 |
AYAT 3 |
|
Allah yang mentadbir alam ini. |
Allah tadbir alam ini adalah lambang sifat
pemurah dan penyayangNya kepada hambaNya. |
[1] Setelah Allah
menyebut bahawa alam ini ditadbir olehNya, makanya Allah menyebut dua sifatNya,
iaitu PEMURAH dan PENYAYANG.
[2] Sifat pemurah dan penyayang
ini sudah disebut pada ayat pertama, lalu diulang balik pada ayat ketiga. Seakan-akan
Allah mahu peringatkan kepada manusia agar tidak alpa berkenaan kasih sayangNya
merentasi dari kemurkaanNya.
|
الرَّحْمنِ
الرَّحِيمِ (3) |
[3] Menjadi kebiasaan
dalam ayat al-Quran bahawa setelah menyebut berkenaan sesuatu perkara, maka
dikaitkan dengan mana-mana nama Allah yang selaras dengan maksud ayat.
Contohnya;
إِنَّمَا
حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ
بِهِ لِغَيْرِ اللَّهِ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَلَا إِثْمَ
عَلَيْهِ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ (173) - البقرة
Dalam ayat 173, surah al-Baqarah ini disebut berkenaan
makanan yang haram yang lalu dalam beberapa keadaan tertentu, makanan yang
haram itu diizinkan makan kerana dharurat. Justeru, dikaitkan dengan nama Allah
yang maha pengampun, kerana kesesuaian dengan makan makanan haram dalam
terpaksa.
Demikian juga pada
ayat ini, bahawa setelah Allah menyebut berkenaan kekuasaanNya yang mentadbir
sekelian Alam, maka Dia pun berkata bahawa Dia bersifat AL-RAHMAN dan AL-RAHIM.
[4] Apabila kita mendengar orang yang berkuasa,
perasaan kita terhadapnya adalah takut, bukan sayang. Justeru, bagi memastikan perasaan sayang kita
kepada Allah itu mekar di dalam hati, maka dalam pada Allah menyebut
kekuasaan-nya yang mentadbir sekalian alam, kita perlu kekal merasai sayang
kepadaNya.
Ini
dalam tasawwuf disebut sebagai الخوف والرجاء, iaitu takut dan harap. Takut
diberikan azab, harap diberikan syurga; takut dengan kemurkaanNya, harap akan
rahmat dan kasih sayangNya.
[5] Apabila takut, sikap kita terhadap orang yang
kita takuti itu berbeza dengan orang yang kita sayang.
Contoh
sikap kita terhadap polis. Di depan polis, kita tidak melangggar lampu merah.
Tetapi, di belakang polis kereta langgar lampu merah.
Berbeza
kalau kita sayang. Contoh kita sayang kepada ibu kita. Sama ada di depan atau
di belakang pandangan ibu kita, kita tidak akan melakukan kejahatan terhadap
ibu kita.
Maka
demikianlah perasaan kita terhadap Allah. Jika kita takut, tahap keikhlasan
kita kepada Allah adalah rendah. Apabila wujud perasaan sayang kepada Allah,
tahap perasaan kita kepada Allah meningkat.
[6] Kupasan Buya Hamka pula, dalam pada Allah
menampilkan kekuasaan-Nya yang mentadbir sekalian alam, di sebaliknya
terkandung sayang Allah kepada manusia. Hal ini kerana, manusia tidak akan
berada dalam selesa jika alam ini berbolak balik, jika alam ini sentiasa
ditimpa huru-hara. Semua ini adalah kerana sayang Allah kepada hamba-Nya[1].
[7] Secara tersirat, ia ada kaitan dengan hadis;
عَنْ عَبْدِ
اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو، يَبْلُغُ بِهِ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ،
«الرَّاحِمُونَ يَرْحَمُهُمُ الرَّحْمَنُ ارْحَمُوا أَهْلَ الْأَرْضِ يَرْحَمْكُمْ
مَنْ فِي السَّمَاءِ» - ابو داود, 4941
Daripada
Abdullah bin Amru yang perkataan nabi saw sampai kepadanya: Orang yang saling
berkasih sayang akan disayangi oleh Tuhan yang maha penyayang. Sayangilah
penduduk dunia, mereka yang berada di langit akan sayangi kamu”
Iaitu,
apabila Allah mencipta langit dan bumi, langit dan bumi itu perlu dipenuhi
dengan rasa sayang dan kasih. Apabila langit dan bumi itu diciptakan oleh Allah
kerana sayang Allah, manusia perlu menjalani kehidupan sesama manusia dengan
kasih sayang.
[8] Perkataan الرحمن
dan الرحيم berakar dari kata رحم. Menurut pakar bahasa, sebarang perkataan yang berakar kata رحم, ia ada kaitan dengan kelembutan, kasih
sayang dan kehalusan[2].
|
PENGAJARAN |
[9] Segala puji-pujian itu hanya layak bagi
Allah. Oleh itu kalau kita sendiri di puji-puji orang, janganlah lupa bahawa
yang empunya puji itu ialah Allah, bukan kita[3].
[10] Manusia perlu memikirkan kasih sayang Allah
dengan mencipta dan mengatur alam ini. Dengan itu, manusia perlu berkasih
sayang sesame makhluk di bumi. apabila ada kasih sayang sesame makluk, maka
makhluk di langit mendoakan kasih sayang tersebar di atas muka bumi.
No comments:
Post a Comment