Saturday, April 22, 2023

(2) SURAH AL-BAQARAH 3

 

SURAH AL-BAQARAH 2:3

 

الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ (3)

“Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka”

HUBUNGAN AYAT

AYAT 2

AYAT 3

 

Orang bertaqwa adalah orang yang dapat menjadikan al-Quran sebagai panduan.

 

 

Ciri-ciri orang bertaqwa, mesti ada kepercayaan dalam hati, jaga hubungan dengan Allah dan sesame manusia.

 

 

[1] Dalam ayat 2, dijelaskan bahawa al-Quran adalah petunjuk bagi orang yang bertaqwa. Ayat ini pula mula menjelaskan ciri-ciri orang bertaqwa.

 

[2] Dalam ayat ini, dijelaskan bahawa orang bertaqwa itu ada dua amal, iaitu;

(a)                Amal hati, iaitu beriman dengan Allah

(b)               Amal perbuatan, iaitu solat dan infaq[1].

 

[3] Solat adalah komunikasi antara tuhan dan manusia.

 

[4] selepas menyebut solat, Allah menyebut infaq; ia adalah komunikasi antara manusia sesame manusia.

 

[5] Orang yang benar-benar tidak ragu dengan al-Quran, pasti mempunyai tiga perkara ini;

(a)                Hati yang percaya.

(b)               Menjaga hubungan dengan Allah

(c)                Menjaga hubungan sesame makhluk.

 

الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ

 

[6] kalau dalam surah al-Fatihah, Allah menyatakan: أهدنا الصراط المستقيم—tunjukilah jalan yang lurus, makanya dalam ayat ini menjelaskan bahawa permulaan bagi tercapai jalan lurus adalah keimanan yang betul; iaitu keimanan yang membawa kepada hubungan hati dengan tuhan, serta hubungan hati yang membawa kepada hubungan perbuatan yang baik sesame manusia.

 

[7] Iman dalam hati adalah percaya serta ada ma’rifah dalam hati terhadap apa yang dipercayai.

 

[8] Apabila iman, ia melibatkan amalan hati. Contohnya, firman Allah;

مِنَ الَّذِينَ قالُوا آمَنَّا بِأَفْواهِهِمْ وَلَمْ تُؤْمِنْ قُلُوبُهُمْ [الْبَقَرَةِ: 41]

“Dari kalangan orang yang beriman berkata: Kami beriman dengan mulut mereka, tanpa kami beriman dengan hati kami”

 

وَقَلْبُهُ مُطْمَئِنٌّ بِالْإِيمانِ [النَّحْلِ: 106]

Dan hatinya tenang dengan keimanan”

وَلكِنْ قُولُوا أَسْلَمْنا وَلَمَّا يَدْخُلِ الْإِيمانُ فِي قُلُوبِكُمْ [الْحُجُرَاتِ: 14]

“Tetapi kamu semua perlu berkata: Kami telah islam. (hal ini kerana) tidak masuk iman dalam hati kamu”

 

Dalam hadis—daripada Abdullah bahawa Nabi saw ada bersabda:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «لَا يَدْخُلُ الجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ، وَلَا يَدْخُلُ النَّارَ ـ يَعْنِي ـ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ إِيمَانٍ» - الترمذي, 1999

Tidak masuk syurga mereka yang dalam hatinya ada seberat zarrah dari takbur. Tidak masuk neraka mereka yang dalam hatinya ada sebesar zarrah dari keimanan”

 

MAKNA AL-GHAIB

[9] perkataan الغيب diterjemahkan dengan sebutan yang sama, iaitu Ghaib. Dalam arab ada susunan kata: غَابَتِ الشَّمْس—matahari tenggelam. Tenggelam matahari itu, digunakan perkataan غابت yang dari akar kata yang sama dengan غائب. Hal ini kerana, apabila malam, matahari sudah berada dari luar kecapan pancaindera[2].

 

[10] Dari sudut istilah, ghaib bermakna:

الْغَيْبُ كُلُّ مَا أَخْبَرَ بِهِ الرَّسُولُ عَلَيْهِ السَّلَامُ مِمَّا لَا تَهْتَدِي إِلَيْهِ الْعُقُولُ مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ وَعَذَابِ الْقَبْرِ وَالْحَشْرِ وَالنَّشْرِ وَالصِّرَاطِ وَالْمِيزَانِ وَالْجَنَّةِ وَالنَّارِ

“Ghaib adalah setiap perkara yang Rasulullah saw bagitahu yang ia tidak dapat dicerapi dengan akal; seperti tanda-tanda kiamat, azab kubur, mahsyar, sirat, mizan, syurga dan neraka[3]

 

Al-Razi kata, makna الغيب adalah sesuatu yang tidak dapat dikecapi dengan pancaindira pada ketika itu[4].

 

Dengan sebab itu, syurga dan neraka itu adalah ghaib, kerana pada saat ini manusia tidak dapat kecap, walaupun sampai saat dan masanya, manusia dapat kecapinya juga.

[11] HAMKA kata, termasuk juga perkara ghaib adalah perkara yang telah lepas yang kita tidak ada pada zaman itu. Dengan demikian, Rasulullah saw itu adalah perkara ghaib. Kita percaya berdasarkan berita dan sejarah baginda dan hasil-hasil peninggalan baginda[5].

 

[12] Perkara ghaib ini tidak diketahui kecuali;

 

(a)                apa yang diberitahu oleh Allah:

 

عَالِمُ الغيب فَلاَ يُظْهِرُ على غَيْبِهِ أَحَداً إِلاَّ مَنِ ارتضى مِن رَّسُولٍ فَإِنَّهُ يَسْلُكُ مِن بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ رَصَداً} [الجن: 26 - 27]

“Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun * Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redaiNya (untuk mengetahui sebahagian dari perkara ghaib yang berkaitan dengan tugasnya; apabila Tuhan hendak melakukan yang demikian) maka Ia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib itu selamat sampai kepada yang berkenaan)”

 

قُلْ لَا أَمْلِكُ لِنَفْسِي نَفْعًا وَلَا ضَرًّا إِلَّا مَا شَاءَ اللَّهُ وَلَوْ كُنْتُ أَعْلَمُ الْغَيْبَ لَاسْتَكْثَرْتُ مِنَ الْخَيْرِ وَمَا مَسَّنِيَ السُّوءُ إِنْ أَنَا إِلَّا نَذِيرٌ وَبَشِيرٌ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ (188) - الأعراف

Katakanlah: "Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman

 

(b)               diberitahu oleh orang yang tahu;

 

فَلَمَّا قَضَيْنَا عَلَيْهِ الموت مَا دَلَّهُمْ على مَوْتِهِ إِلاَّ دَابَّةُ الأَرْضِ تَأْكُلُ مِنسَأَتَهُ فَلَمَّا خَرَّ تَبَيَّنَتِ الجن أَن لَّوْ كَانُواْ يَعْلَمُونَ الغيب مَا لَبِثُواْ فِي العذاب المهين – سباء

“Setelah Kami tetapkan berlakunya kematian Nabi Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka tentang kematiannya melainkan semut putih (anai-anai) yang telah memakan tongkatnya. Maka apabila ia tumbang, ternyatalah kepada golongan jin itu, bahawa kalaulah mereka sedia, mengetahui perkara yang ghaib nescaya mereka tidak tinggal sedemikian lamanya di dalam azab (kerja berat) yang menghina

 

Dalam hadis, ketika Nabi saw dibawa naik ke lamgit pada malam isra’ dan Mi’raj, sesampai di pintu langit pertama, malaikat jaga langit tanya;

 

ثُمَّ عُرِجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ، فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ، فَقِيلَ: مَنَ أَنْتَ؟ قَالَ: جِبْرِيلُ، قِيلَ: وَمَنْ مَعَكَ؟ قَالَ: مُحَمَّدٌ، قِيلَ: وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ؟ قَالَ: َ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ، فَفُتِحَ لَنَا – مسلم, 162

“kemudian kami (Nabi dan Jibril) dibawa naik ke langit, dan Jibril minta agar dibukakan (pintu langit). Jibril ditanya: siapa kamu? Jawab Jibril: Jibril. Ditanya lagi: siapa yang bersama kamu? Jawab Jibril: Muhammad. Ditanya lagi: apakah dia telah dilantik menjadi rasul? Jawab Jibril: Dia telah dilantik menjadi rasul. Pintu langit pun dibuka”

 

وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ

 

[13] KAEDAH: apabila ada kepercayaan, maka memberi kesan pada tindakan.

Contohnya, apabila percaya dalam sesebuah rumah itu berhantu, secara automatic akan rasa takut bagi orang yang penakut.

Sama juga dengan orang yang beriman dengan Allah, automatic ada kesan dari sudut tindakan.

Justeru, ayat ini menjelaskan, tindakan utamanya adalah hubungan hati manusia dengan tuhan, iaitu solat.

 

[14] Selepas menyebut beriman, disebut berkenaan solat. hal ini kerana;

(a)                Solat adalah ibadat tertinggi. Ia perkara kedua selepas dari beriman.

(b)               Solat adalah ibadat hati.

(c)                perbuatan yang paling hampirkan manusia kepada tuhan adalah solat.

 

[15] maksud dengan MENDIRIKAN SOLAT[6]:

(a)                Menunaikan solat dengan dijaga semua syarat dan rukun. Firman Allah: “Mereka yang terhadap solat mereka, mereka jaga”

وَالَّذِينَ هُمْ عَلى صَلاتِهِمْ يُحافِظُونَ [الْمَعَارِجِ: 34]

(b)               Menunaikan solat secara berkekalan. Firman Allah: “mereka yang terhadap solat mereka, maka berkesinambungan”

الَّذِينَ هُمْ عَلى صَلاتِهِمْ دائِمُونَ [الْمَعَارِجِ: 23]

(c)                HAMKA: tunaikan solat dalam keadaan sedar, bukan seperti pergerakan robot atau mesin[7]

(d)               SHIHAB: menunaikan solat secara benar dan berkesinambungan[8].

 

[16] Makna solat:

-          Dari sudut bahasa adalah DOA. Dalam hadis:

 

(إِذَا دُعِيَ أَحَدُكُمْ إِلَى طَعَامٍ فَلْيُجِبْ فَإِنْ كَانَ مُفْطِرًا فَلْيَطْعَمْ وَإِنْ كَانَ صَائِمًا فَلْيُصَلِّ) أَيْ فَلْيَدْع

Apabila seseorang kamu diajak untuk makan, terimalah ajakan itu. jika dia tidak berpuasa, maka makanlah; jika dia berpuasa, maka berdoalah”

 

-          Dari sudut syarak adalah perbuatan tertentu yang ada bacaan tertentu; dimulai dengan takbiratul ihram dan disudahi dengan salam;

عَنْ عَلِيٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مِفْتَاحُ الصَّلَاةِ الطُّهُورُ، وَتَحْرِيمُهَا التَّكْبِيرُ، وَتَحْلِيلُهَا التَّسْلِيمُ» - ابو داود, 61

 

وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ (3)

 

[17] dari sudut bahasa, الرزق bermakna النصيب والعطاء—iaitu nasib, bahagian dan pemberian.

 

[18] Dari sudut istilah, makna rezeki;

(a)                ABUL HUSAIN AL-BASRI kata, rezeki adalah sesuatu yang dimanfaatkan dan terhindar sebarang Kesia-siaan. Ini juga pendapat muktazilah.

 

Dari definisi ini, sesuatu yang sia-sia tidak boleh dianggap sebagai rezeki. Justeru, sebarang hal yang dimanfaatkan dari sumber yang haram tidak boleh dianggap sebagai rezeki.

 

Dengan sebab itu, sesuatu harta haram yang didermakan kepada orang lain, ia tidak boleh dianggap sebagai infaq. Hal ini kerana, Allah kaitkan infaq itu dengan rezeki.

 

(b)                Rezeki adalah sesuatu yang diperolehi dan dapat dimanfaatkan, walaupun dalam hal yang sia-sia. Oleh itu, harta yang dimiliki dengan cara yang haram juga disebut sebagai rezeki. Dalil mereka:

 

قُلْ أَرَأَيْتُمْ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ لَكُمْ مِنْ رِزْقٍ فَجَعَلْتُمْ مِنْهُ حَراماً وَحَلالًا قُلْ آللَّهُ أَذِنَ لَكُمْ [يُونُسَ: 59]

Katakanlah (kepada kaum yang mengada-adakan sesuatu hukum): "Sudahkah kamu nampak baik-buruknya sesuatu yang diturunkan Allah untuk manfaat kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanya haram, dan sebahagian lagi halal?" Katakanlah lagi (kepada mereka): "Adakah Allah izinkan bagi kamu berbuat demikian, atau kamu hanya mengada-adakan secara dusta terhadap Allah?".

 

Al-Qurtubi kata:

 

وَالرِّزْقُ عِنْدَ أَهْلِ السُّنَّةِ مَا صَحَّ الِانْتِفَاعُ بِهِ حَلَالًا كَانَ أَوْ حَرَامًا، خِلَافًا لِلْمُعْتَزِلَةِ فِي قَوْلِهِمْ: إِنَّ الْحَرَامَ لَيْسَ بِرِزْقٍ لِأَنَّهُ لَا يَصِحُّ تَمَلُّكُهُ، وَأَنَّ اللَّهَ لَا يَرْزُقُ الْحَرَامَ وَإِنَّمَا يَرْزُقُ الْحَلَالَ، وَالرِّزْقُ لَا يَكُونُ إِلَّا بِمَعْنَى الْمِلْكِ  

Rezeki di sisi ahli al-Sunnah adalah apa yang sah untuk dimanfaatkan, sama ada halal atau haram. Hal ini berbeza dengan muktazilah yang beranggapan bahawa haram bukan rezeki, kerana ia tidak sah untuk dimiliki. Allah tidak memberikan rezeki haram. Allah hanya memberi rezeki halal. Rezeki tidak berlaku kecuali dengan makna pemilikan[9]

 

Sya’rawi kata:

الرزق هو ما ينتفع به فالقوة رزق، والعلم رزق، والحكمة رزق، والتواضع رزق. . وكل ما فيه حركة للحياة رزق

Rezeki adalah apa yang dapat dimanfaatkan. Kekuatan adalah rezeki, ilmu adalah rezeki, hikmah adalah rezeki, tawadu’ adalah rezeki; setiap perkara yang berada dalam gerakan kehidupan, maka itu rezeki[10].

 

[19] Dalam ayat, Allah sebut: وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ—dari apa yang kami rezekikan. Apa maksud “dari apa” ini bermaksud تبعيضية yang diterjemah dengan “sebahagian dari apa yang kami rezekikan”

Ini menjadi dalil, menderma itu tidak didermakan seluruh harta. Tetapi, hanya sebahagian dari harta sahaja.

 

MAKNA NAFKAH

[20] perkataan NAFKAH memberi makna yang umum:

(a)                Nafkah yang fardu seperti zakat.

(b)               Nafkah yang sunat, seperti menderma.

(c)                Nafkah yang wajib, seperti derma yang dinazarkan dan nafkah seseorang suami terhadap isteri dan anak-anaknya.

 

[21] Ada ulama kata, maksud nafkah dalam ayat ini dibataskan maksud zakat (nafkah fardu). Pendapat ini dibantah, kerana ketika ini zakat belum difardukan lagi. Justeru, makna nafkah di sini bersifat umum[11].

 

[22] kekuatan infaq: al-Quran sebut, orang yang sudah mati mahu dihidupkan untuk infaq;

 

وَأَنْفِقُوا مِنْ مَا رَزَقْنَاكُمْ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُنْ مِنَ الصَّالِحِينَ (10) – المنافقون

“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh".

 

PENGAJARAN

 

[23] beriman dengan perkara ghaib, solat dan infaq; tiga perkara ini turut ada sama dalam agama Yahudi dan Nasrani.

 

PERSOALANNYA;

Apa perbezaan antara agama mereka dan agama Islam?

JAWAB:

-          Islam mengajar, ibadat semestinya berasaskan kepada ketaatan.

-          Hal ini berbeza dengan Yahudi dan Nasrani yang ibadat dalam kepercayaan mereka memadai datang apa yang telah diajar oleh guru-guru mereka, yang bukan mesti datang dari aturan tuhan.

 

 



[1] Razi:2/269

[2] Manar:1/170

[3] Qurtubi:1/163

[4] Razi:2/273

[5] Hamka:1/118

[6] Razi:2/274

[7] hamka:1/118

[8] Shihab:1/92

[9] Qurtubi:1/177

[10] Syakrawi: 1/129

[11] Manar:1/109

No comments:

Post a Comment

(2) SURAH AL-BAQARAH 22

  BAQARAH 2:22   الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ فِرَاشًا وَالسَّمَاءَ بِنَاءً وَأَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْ...