|
SURAH AL-BAQARAH 2:7 |
خَتَمَ اللَّهُ
عَلَى قُلُوبِهِمْ وَعَلَى سَمْعِهِمْ وَعَلَى أَبْصَارِهِمْ غِشَاوَةٌ وَلَهُمْ
عَذَابٌ عَظِيمٌ (7)
(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati
mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya;
dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.
|
HUBUNGAN AYAT |
|
|
AYAT 6 |
AYAT 7 |
|
Menjelaskan bahawa
manusia tolak kebenaran ekoran kedegilan.
|
Menjelaskan sebab dan punca mereka menjadi degil sehingga keras dari menerima
hidayah.
|
|
Ayat lepas menyebut
bahawa kufur adalah ditutup hatinya dari dimasuki kebenaran.
|
Ayat ini menyebut bahawa betapa teruknya hatinya tertutup, bukan
sekadar tutup, bahkan dimetrai dan dicop pula pada hati yang sudah tertutup tersebut. |
[1] Dalam ayat 1 sampai
5, Allah menjelaskan bahawa usaha yang manusia lakukan untuk keimanannya, Allah
akan bantu dia dengan membimbing mereka agar sentiasa berada atas jalan
kebenaran.
Dalam ayat 6 dan 7 pula, dengan usaha mereka dengan
kekal atas kekufuran, Allah pun “bimbing” mereka berada atas kekufuran yang
mereka kehendaki.
[2]
Apabila mereka degil dengan kekufuran, makanya Allah membiarkan mereka larut
dalam kesesatan sesuai dengan keinginan hati mereka.
[3]
cara untuk menjadikan mereka larut dengan kekufuran tersebut adalah hati mereka
ditutup (kufur), kemudian tempat tutup itu pula di pateri (khatam) sehingga
kekufuran dalam hati tidak dapat keluar dan keimanan tidak dapat masuk.
[4]
Apabila itu pilihan mereka, maka tuhan izinkan. Hakikat sebenar, mereka memalih
untuk mendapat azab yang hebat di akhirat kelak.
|
خَتَمَ
اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ |
[5]
Dalam ayat ke-6, sudah dijelaskan jenis-jenis kafir, serta telah dijelaskan
juga maksud kafir dalam ayat adalah kafir yang degil.
Persoalannya,
kenapa mereka menjadi kafir yang degil?
Jawapannya
adalah bermula dari hati yang telah diselaputi dengan dosa atas usaha mereka
sendiri. Makanya, tuhan pun cop dan metraikan hati mereka.
Ia
diumpakan seperti sampul surat yang mulut sampul itu sudah ditutup (kufur),
lalu diletak cop merah pada mulut sampul surat tersebut (khatam) agar ia tidak
boleh dibuka lagi. Dengan itu, kandungan surat dari dalam tidak boleh
dikeluarkan lagi dan surat yang luar tidak boleh dimasukkan.
[6]
Tuhan mulakan dengan menyebut hati, berbanding dengar dan melihat. Hal ini kerana,
hati sebagai pembuat keputusan. Apabila hati sudah letak keputusan menolak,
dengar dan lihat kebenaran macam mana pun, kebenaran itu tidak akan diterima.
Apabila
hati sudah ditutup, sebarang kebaikan yang didengari dan dilihat tidak akan
masuk dalam hati lagi.
[7]
Apabila kita dapati bahawa hati manusia adalah penentu keputusan, dengan sebab
itu, sebagai umat islam tidak boleh melakukan sebarang tindakan yang boleh
melahirkan prejudis manusia terhadap Islam. dalam al-Quran, terdapat ayat-ayat
berikut;
(a)
Firman
Allah;
وَلَا
تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا
بِغَيْرِ عِلْمٍ (108) – الأنعام
“Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka
sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara
melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan”
(b)
Firman
Allah;
وَلَا تَجْهَرْ
بِصَلَاتِكَ وَلَا تُخَافِتْ بِهَا وَابْتَغِ بَيْنَ ذَلِكَ سَبِيلًا (110) –
الإسراء
“Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau
sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu
cara yang sederhana antara itu”
Berkenaan sebab turun ayat ini adalah hadis—daripada
Ibn Abbas berkenaan firman Allah:
عَنِ ابْنِ
عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، فِي قَوْلِهِ تَعَالَى: {وَلَا تَجْهَرْ
بِصَلَاتِكَ وَلَا تُخَافِتْ بِهَا} [الإسراء: 110] قَالَ: " نَزَلَتْ
وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُخْتَفٍ بِمَكَّةَ، كَانَ
إِذَا صَلَّى بِأَصْحَابِهِ رَفَعَ صَوْتَهُ بِالقُرْآنِ، فَإِذَا سَمِعَهُ
المُشْرِكُونَ سَبُّوا القُرْآنَ وَمَنْ أَنْزَلَهُ وَمَنْ جَاءَ بِهِ، فَقَالَ
اللَّهُ تَعَالَى لِنَبِيِّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: {وَلَا تَجْهَرْ
بِصَلاَتِكَ} [الإسراء: 110] أَيْ بِقِرَاءَتِكَ، فَيَسْمَعَ المُشْرِكُونَ
فَيَسُبُّوا القُرْآنَ {وَلَا تُخَافِتْ بِهَا} [الإسراء: 110] عَنْ أَصْحَابِكَ
فَلاَ تُسْمِعْهُمْ، {وَابْتَغِ بَيْنَ ذَلِكَ سَبِيلًا} [الإسراء: 110] –
البخاري, 4722
Ibn Abbas kata: Ayat ini turun ketika Rasulullah saw
bersembunyi-sembunyi di Mekah. apabila baginda solat Jemaah bersama sahabat,
baginda baca al-Quran dengan nyaringkan suara. Apabila orang musyrikin dengar,
mereka cela al-Quran dan tuhan yang menurunkan al-Quran serta Jibril yang
membawa al-Quran turun. Allah pun memberitahu kepada NabiNya: jangan kamu
nyaringkan dengan solat kamu: iaitu, bacaan kamu (jangan dinyaringkan suara)
lalu didengari musyrikin, mereka pun mencela al-Quran. (sambung ayat) jangan
kamu perlahankan suara pula: iaitu sehingga sahabat tidak mendengar bacaan kamu.
Maka (sambungan ayat) berharaplah tengah-tengah antara demikian itu”
[8]
Dalam ayat ini, digunakan perkataan ختم yang diterjemahkan sebagai
MEMATERIKAN atau COPKAN.
Perbahasan berkenaan perkataan itu adalah seperti
berikut;
PERBAHASAN
SATU:
[9] Dari sudut lughah,
ada kupasan berikut;
(a)
ABU ZAHRAH dan
AL-SYAKRAWI.
Kata Abu Zahrah, Ia bermaksud menutup sesuatu sehingga
sesuatu yang berada diluar tidak boleh masuk ke dalamnya.
Kata syakrawi pula, perkataan ختم pada hati adalah ditetapkan
bahawa kekufuran dalam hati tidak keluar, dan keimanan tidak dapat masuk ke
dalam hati tersebut[1]
(b)
AL-RAZI
Perkataan
ختم adalah الخلق. Justeru, maksud ayat adalah:
خَلْقُ
الْكُفْرِ فِي قُلُوبِ الْكُفَّارِ
“Ciptaan
asal bagi kekufuran itu (sudah sebati) dalam hati-hati orang-orang kafir”[2]
Dalam perkataan lain asal maksud bagi ختم adalah kekufuran itu sudah sedaging dan
sebati dengan hati orang kafir, sehingga sukar untuk dibezakan antara keduanya.
PERBAHASAN KEDUA:
[10] Dari sudut istilah
pula, ia bermaksud Allah menjauhkan dari hidayah.
Al-Tabari menyebut:
أنّ الذنوب إذا
تتابعت على القلوب أغلقتها، وإذا أغلفتها أتاها حينئذ الخَتْم من قبل الله عز وجلّ
والطبع، فلا يكون للإيمان إليها مَسْلك، ولا للكفر منها مَخْلَص، فذلك هو الطَّبع
Dosa-dosa itu apabila berturut-turut dalam hati, ia
menjadikan hati terkunci. Apabila telah terkunci, maka Allah datangkan الختم dan الطبع. Ketika
itu, tidak ada jalan lagi untuk iman. Dan ada lagi jalan keluar dari kekufuran.
Itu adalah الطبع[3]
PERBAHASAN
KETIGA:
[11] Menurut al-Qurtubi[4],
al-Quran ada menggunakan 10 sifat hati orang kafir;
(a)
الْخَتْمِ, firman Allah: ayat ini
(b)
وَالطَّبْعِ
فَطُبِعَ عَلى
قُلُوبِهِمْ فَهُمْ لا يَفْقَهُونَ [المنافقون: 3]
“maka dengan sebab itu dimeteraikan atas hati mereka;
lalu mereka tidak dapat memahami (yang mana benar dan yang mana salah)”
بَلْ طَبَعَ
اللَّهُ عَلَيْها بِكُفْرِهِمْ" [النساء: 155]
“bahkan
Allah telah memeteraikan hati mereka disebabkan kekufuran mereka. Oleh itu
mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja (di antaranya)”
(c)
وَالضِّيقِ
وَمَنْ يُرِدْ
أَنْ يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقاً حَرَجاً". [الانعام: 125]
“dan
sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan
dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya”
(d)
وَالْمَرَضِ
فِي
قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ". [محمد: 29]
“Dalam hati-hati
mereka ada penyakit”
(e)
وَالرَّيْنِ
كَلَّا بَلْ
رانَ عَلى قُلُوبِهِمْ مَا كانُوا يَكْسِبُونَ". [المطففين: 14]
Sebenarnya!
(Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah
diselaputi kekotoran (dosa), denga napa yang mereka kerjakan”
(f)
وَالْمَوْتِ
أَوَمَنْ كانَ
مَيْتاً فَأَحْيَيْناهُ" [الانعام: 122]
Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur),
kemudian Kami hidupkan dia semula (dengan hidayah petunjuk)
" إِنَّما
يَسْتَجِيبُ الَّذِينَ يَسْمَعُونَ وَالْمَوْتى يَبْعَثُهُمُ اللَّهُ"
[الانعام: 36]
Hanyasanya
orang-orang yang menyahut seruanmu itu ialah mereka yang mendengar (yang mahu
menurut kebenaran); sedang orang-orang yang mati Allah bangkitkan mereka semula
(pada hari kiamat kelak
(g)
وَالْقَسَاوَةِ
فَوَيْلٌ
لِلْقاسِيَةِ قُلُوبُهُمْ مِنْ ذِكْرِ اللَّهِ" [الزمر: 22]
“Kecelakaan bagi orang yang keras hati mereka dari
mengingati Allah”
ثُمَّ قَسَتْ
قُلُوبُكُمْ مِنْ بَعْدِ ذلِكَ" [البقرة: 74]
“kemudian
sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras”
(h)
وَالِانْصِرَافِ
ثُمَّ
انْصَرَفُوا صَرَفَ اللَّهُ قُلُوبَهُمْ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لا يَفْقَهُونَ"
[التوبة: 127]
“Kemudian
mereka berpaling pergi, Allah memalingkan hati mereka (daripada iman),
disebabkan mereka kaum yang tidak (mahu) mengerti.
(i)
وَالْحَمِيَّةِ
إِذْ جَعَلَ
الَّذِينَ كَفَرُوا فِي قُلُوبِهِمُ الْحَمِيَّةَ [الفتح: 26]
“ketika
orang-orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam
hati mereka (terhadap kebenaran Islam)”
(j)
وَالْإِنْكَارِ
قُلُوبُهُمْ
مُنْكِرَةٌ وَهُمْ مُسْتَكْبِرُونَ [النحل: 22]
“hati mereka ingkar dan sikap zahir mereka sombong
takbur (menentang kebenaran).
SIFAT HATI
[12] Sifat bagi hati
adalah berubah-rubah. Dengan itu, dalam hadis—daripada al-Nawwas bin Sam’an
al-Kilabiy berkata:
وَكانَ رَسُولُ
اللَّهِ صلَّى اللَّهُ عليْهِ وسلَّمَ يَقُولُ: " يَا مُثبِّتَ الْقُلُوبِ،
ثبِّتْ قُلُوبَنَا عَلَى دِينِكَ.- ابن ماجة, 199
Rasulullah saw selalu berdoa: Wahai Tuhan yang
menguatkan hati. Tetapkan hati kami atas agamaMu”.
Firman Allah;
وَاعْلَمُوا
أَنَّ اللَّهَ يَحُولُ بَيْنَ
الْمَرْءِ وَقَلْبِهِ" [الأنفال: 24]
“ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara
seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya”
[13] hati adalah tempat
simpanan Ilmu. Firman Allah;
قُلْ مَنْ
كَانَ عَدُوًّا لِجِبْرِيلَ فَإِنَّهُ
نَزَّلَهُ عَلَى قَلْبِكَ بِإِذْنِ اللَّهِ (97) – البقرة
“katakanlah (wahai Muhammad): "Sesiapa memusuhi Jibril maka
sebabnya ialah kerana Jibril
itu menurunkan Al-Quran ke dalam hatimu dengan izin Allah”
[14] hati sebagai penentu
kepada perilaku manusia. dalam hadis—daripada Nu’man bin Basyir bahawa Nabi saw
bersabda:
أَلاَ وَإِنَّ
فِي الجَسَدِ مُضْغَةً: إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ
فَسَدَ الجَسَدُ كُلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ القَلْبُ – البخاري, 52
“Ketahuilah, dalam jasad ada seketul daging. Apabila ia baik,
seluruh jasad menjadi baik. Apabila ia rosak, seluruh jasad akan rosak. Ia
adalah hati”
[15] Apabila manusia
melakukan dosa, hati adalah tempat terkesan. Dalam hadis—daripada Abu Hurairah
bahawa Rasulullah saw bersabda;
عَنْ أَبِي
هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
(إِنَّ الْمُؤْمِنَ إِذَا أَذْنَبَ ذَنْبًا كَانَتْ نُكْتة سَوْدَاءُ فِي قَلْبِهِ
فَإِنْ تَابَ ونزعَ وَاسْتَعْتَبَ صُقِلَ قَلْبُهُ، وَإِنْ زَادَ زَادَتْ حَتَّى
تَعْلُوَ قَلْبَهُ، فَذَلِكَ الرَّانُ الَّذِي قَالَ اللَّهُ تَعَالَى: {كَلا بَلْ
رَانَ عَلَى قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ} [الْمُطَفِّفِينَ: 14]
“Apabila seorang mukmin
melakukan dosa, akan ada titik hitam pada hatinya. Jika dia bertaubat dan
meninggalkan dosa, akan terhakis dari hatinya. Apabila dia tambah (dosa), akan
bertambah (titik hitam) sehingga ia mendominasi hatinya. Itu adalah selaput
(hati) yang Allah berfirman: “sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada
cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan
sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.[5]”
PERBEZAAN
ANTARA QALB DAN AF-IDAH
[15] Dalam firman Allah
yang lain adalah seperti berikut;
والله
أَخْرَجَكُم مِّن بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لاَ تَعْلَمُونَ شَيْئاً وَجَعَلَ لَكُمُ السمع والأبصار
والأفئدة لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ - النحل: 78
“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu
dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan
serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur”
Dalam ayat ini, menyebut berkenaan hati, tetapi tidak
menggunakan lafaz قلوب, sebaliknya menggunakan lafaz الأفئدة.
Dalam ayat lain pula,
ada digunakan perkataan الصدور tyang juga merujuk kepada makna hati. Iaitu firman Allah;
أَلَمْ
نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ (1)
– الشرح
“Bukankah tidak kami melapangkan bagi kamu hati kamu”
[16] Berkenaan perbezaan
tiga kata: al-Qulub, al-Af-idah dan al-Sudur, Kata al-Qurtubi:
فَالْقَلْبُ
مَوْضِعُ الْفِكْرِ ....وَالْفُؤَادُ مَحَلُّ الْقَلْبِ، وَالصَّدْرُ مَحَلُّ الْفُؤَادِ
Hati adalah tempat pemikiran… fuad adalah tempat hati,
dan sadr adalah tempat fuad[6].
Dengan
sebab itu, al-Quran ada menyebut;
فَإِنَّهَا لاَ
تَعْمَى الأبصار ولكن تعمى
القلوب التي فِي الصدور [الحج: 46]
“Hal ini kerana, keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala
yang buta, tetapi yang buta
itu ialah mata hati yang ada di dalam dada”
|
وَعَلَى
سَمْعِهِمْ وَعَلَى أَبْصَارِهِمْ غِشَاوَةٌ |
[17]
Apabila hati sudah tertutup, dengar kebenaran macam mana pun, mereka tidak akan
menerimanya; melihat kebenaran macam mana pun, hati tetap tidak akan terima.
[18] Tuhan dahulukan
pendengaran berbanding penglihatan:
(a)
Dalam
sejarah umat, terdapat Nabi yang buta seperti Nabi Yaaqub, tetapi tidak ada
nabi yang pekak[7]
(b)
Kesempurnaan
cerapan ilmu dapat dicapai dengan pendengaran, walaupun kadangkala dia buta.
FIRMAN ALLAH;
وَعَلَى
أَبْصَارِهِمْ غِشَاوَةٌ
[19]
Apabila hati sudah tertutup, tengok kebenaran macam mana pun, mereka tidak akan
menerimanya. Firman Allah;
{فَإِنَّهَا
لاَ تَعْمَى الأبصار ولكن تعمى القلوب التي فِي الصدور} [الحج: 46]
“sebenarnya
bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada
di dalam dada”
MAKSUD
PENUTUP
[20] Maksud الغشاوة adalah الغطاء iaitu penutup; iaitu
penghlang antara melihat dan nampak.
[21]
Digunakan perkataan غشاوة (penutup) kerana, tertutup itu bukan secara fizik, tetapi tutup
secara metafizik.
Dengan maksud, mata mereka melihat kebenaran, telinga
mereka mendengar kebenaran, tetapi semua kebenaran tersebut tidak masuk dalam
hati mereka.
Dalam perkataan lain mereka tahu dan faham terhadap
kebenaran tersebut. Tetapi, hati mereka sudah termetrai dari akur terhadap
kebenaran tersebut.
وَجَعَلْنا
عَلى قُلُوبِهِمْ أَكِنَّةً أَنْ يَفْقَهُوهُ وَفِي آذانِهِمْ وَقْراً
[الْأَنْعَامِ: 25]
“Kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati
mereka, yang menghalang mereka daripada memahaminya, dan Kami jadikan pada
telinga mereka penyumbat (yang menjadikan mereka pekak)”
[22] Apabila hati sebagai
penentu untuk menerima atau menolak, ini adalah dalil bahawa hati adalah
“anggota” yang paling afdhal berbanding semua anggota yang lain[8].
|
وَلَهُمْ
عَذَابٌ عَظِيمٌ (7) |
[23]
Apabila mereka hati terkunci, itu merupakan azab segera yang telah Allah
timpakan kepada orang yang kafir tersebut.
Dalam
al-Quran, ada dinyatakan beberapa azab yang telah Allah berikan kepada orang
kafir;
وَلَقَدْ
عَلِمْتُمُ الَّذِينَ اعْتَدَوْا مِنْكُمْ فِي السَّبْتِ فَقُلْنا لَهُمْ كُونُوا
قِرَدَةً خاسِئِينَ [الْبَقَرَةِ: 65]
“Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana
buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari
Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina".
Ada
pula, azab dalam bentuk hukuman di dunia, seperti hukuman Qisas, hudud dan
sebagainya.
Dalam
konteks ayat ini pula, Allah menyatakan azab segera yang ditimpakan kepada
orang yang kufur kerana degil ini adalah HATI MEREKA TERKUNCI DARI HIDAYAH.
MAKSUD AZAB
[24] perkataan عذاب berasal dari kata عذب. Dalam perkataan arab ada
disebut: عَذَبَ الرَّجُلُ إِذَا تَرَكَ الْمَأْكَلَ
– seorang lelaki MERASAI apabila dia tidak makan (LAPAR[9])
Ini bermakna, perkataan itu merujuk kepada MERASAI
SESUATU DALAM HAL YANG NEGATIF, seperti lapar, mengantuk, dahaga dan
sebagainya.
Salah satu maksud عذب adalah SAKIT. Hal ini kerana,
sakit melibatkankan rasa.
Menurut IBN JAWZI pula, perkataan عذاب memberi maksud KEPEDIHAN YANG
BERPANJANGAN. Dengan sebab itu, dalam bahasa arab ada perkataan ماء عذب yang memberi maksud: Air yang menyebabkan
tengkok sentiasa selesa[10].
[25] Perkataan عظيم lawan bagi makna حقير (hina). Sifat bagi عظيم lebih dari perkataan كبير yang meruapakn lawan bagi
perkataan صغير.
Justeru, tidak salah diterjemahkan sebagai “hebat”.
[26] Dalam al-Quran, ada
perkataan عذاب اليم, seperti firman Allah;
فِي
قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضًا وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا
كَانُوا يَكْذِبُونَ (10) – البقرة
“Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu)
terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit
itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi
sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran”
Dalam al-Quran juga ada guna perkataan عَذَابٌ مُهِينٌ. Firman Allah;
بِئْسَمَا
اشْتَرَوْا بِهِ أَنْفُسَهُمْ أَنْ يَكْفُرُوا بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ بَغْيًا
أَنْ يُنَزِّلَ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ عَلَى مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ
فَبَاءُوا بِغَضَبٍ عَلَى غَضَبٍ وَلِلْكَافِرِينَ عَذَابٌ مُهِينٌ (90) - البقرة
“Sejahat-jahat perkara (yang mereka lakukan) ialah perbuatan
mereka membeli kesenangan dirinya sendiri dengan mengingkari Al-Quran yang
telah diturunkan oleh Allah, kerana dengki bahawa Allah menurunkan dari limpah
kurniaNya (wahyu) kepada sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya
(iaitu Nabi Muhammad s.a.w). Dengan sebab itu sudah sepatutnya mereka mendapat
kemurkaan Allah bertalu-talu, dan orang-orang yang kafir itu akan beroleh azab
sengsara yang menghinakan”
Ada juga guna perkataan عَذَابٌ
شَدِيدٌ seperti firman Allah;
مِنْ قَبْلُ
هُدًى لِلنَّاسِ وَأَنْزَلَ الْفُرْقَانَ إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِ
اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَاللَّهُ عَزِيزٌ ذُو انْتِقَامٍ (4) – ال عمران
“Sebelum (Al-Quran diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat
manusia. Dan Ia juga yang menurunkan Al-Furqaan (yang membezakan antara yang
benar dengan yang salah). Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan
ayat-ayat keterangan Allah itu, bagi mereka azab seksa yang amat berat. Dan
(ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada
golongan yang bersalah)”
Dalam ayat ini pula, digunakan perkataan عَذَابٌ عَظِيمٌ, yang diterjemah sebagai AZAB YANG HEBAT.
Menandakan azab yang diberikan kepada mereka yang degil ini adalah azab yang
paling maksima, iaitu azab yang paling dahsyat dari sekian banyak azab.
[27]
HAMKA kata, azab besar dalam ayat ini merangkumi kepada dua:
(a)
Azab
di dunia, seperti kekalahan orang kafir dalam perang badar, tabuk dan
sebagainya.
(b)
Azab
di akhirat, iaitu dengan masuk neraka (hamka:1/123-124)
[28]
Apabila proses mereka memilih kufur itu amat dahsyat dan hebat, maka azab yang
mereka dapat juga selaras dengan kekufuran mereka.
|
PENGAJARAN |
[29]
Ulama khilaf berkenaan susunan I’rab terhadap ayat ini;
(a)
Pendapat pertama:
Pertama:
khatam pada hati
خَتَمَ اللَّهُ
عَلَى قُلُوبِهِمْ
Kedua:
ghisyawah pada pendengaran dan penglihatan
وَعَلَى
سَمْعِهِمْ وَعَلَى أَبْصَارِهِمْ غِشَاوَةٌ
(b)
Pendapat kedua:
Pertama: khatam
berlaku pada hati dan pendengharan
خَتَمَ اللَّهُ
عَلَى قُلُوبِهِمْ وَعَلَى سَمْعِهِمْ
Kedua: ghisyawah
berlaku pada penglihatan
وَعَلَى
أَبْصَارِهِمْ غِشَاوَةٌ
*Pendapat kedua ini merujuk kepada firman Allah berikut;
{وَخَتَمَ عَلَى سَمْعِهِ وَقَلْبِهِ وَجَعَلَ عَلَى بَصَرِهِ
غِشَاوَةً} [الجاثية: 23]
“dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya,
serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya?”
[30]
Ayat ini menyebut tiga alat utama dalam menerima hidayah berdasarkan susunan
keutamaan.
(a)
Hati
yang membuat keputusan sama ada menerima atau menolak.
(b)
Telinga
yang mendengar hidayah. Tanpa mendengar, manusia tidak ada ilmu berkenaan
perkara ghaib. Hal ini kerana, manusia dapat tahu perkara ghaib setelah
mendengar dari wahyu sampaikan menerusi utusan Allah.
(c)
Mata
yang melihat hidayah. Di letak mata selepas telinga, kerana orang buta yang
mendengar dapat mencerap ilmu dalam mengetahu kebenaran. Hal ini berbeza dengan
orang yang celik tetapi pekak, kerana dia dapat faham apa yang dia nampak,
sedangkan perkara ghaibiyat merentasi dari apa yang dilihat oleh mata.
[1] syakrawi:1/142
[2] razi:2/291
[3] Tabari:1/261
[4] QurtubiL1/ 186
[5] Kathir:1/175
[6] Qurtubi:1/187
[7] razi:2/195
[8] Qurtubi:1/187
[9] manar:1/123
[10] Zad:1/30
No comments:
Post a Comment