Saturday, April 22, 2023

MUQADDIMAH SURAH AL-BAQARAH

 

MUQADDIMAH SURAH AL-BAQARAH

 

[1] Surah al-Baqarah adalah surah ke-2 dari susunan al-Quran. Ia mengandungi 286 ayat, iaitu surah yang paling banyak ayat berbanding semua surah-surah dalam al-Quran.

 

[2] Semua ayat-ayat dari Surah al-Baqarah ini diturunkan di MADINAH kecuali ayat 281 sahaja; ia diturunkan di MINA, iaitu ketika HAJI WADA’.

وَاتَّقُوا يَوْمًا تُرْجَعُونَ فِيهِ إِلَى اللَّهِ ثُمَّ تُوَفَّى كُلُّ نَفْسٍ مَا كَسَبَتْ وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ (281)

Ini membuktikan bahawa, ada ayat yang diturunkan di Mekah selepas dari hijratur-Rasul[1].

 

[3] Menurut IBN ABBAS pula, al-Baqarah adalah surah yang mula-mula sekali diturunkan sejurus Nabi saw sampai ke Madinah. Perkara yang sama ditegaskan oleh AL-HASAN, MUJAHID, IKRIMAH, JABIR BIN ZAID, QATADAH dan MUQATIL[2].

 

[4] Apabila disebut diturunkan di MADINAH, hal ini kerana surah al-baqarah ini ada kaitan dengan komunikasi secara langsung oleh Nabi Muhammad saw dengan orang Ahli kitab. Hal ini tidak terjadi semasa Baginda belum berhijrah ke Mekah kecuali sedikit sahaja.

 

[5] Selain orang Yahudi, surah al-Baqarah juga memfokuskan juga berkenaan perangai orang yang tahu kebenaran lalu menolak kebenaran dari kalangan orang islam, iaitu kalangan orang munafiq.

 

Abul ‘Ala al-Maududi dalam Tafhim al-Quran ada berkata:

 

سورہ بقرہ کے نزول کے وقت ان مختلف اقسام کے منافقین کے ظہور کی، محض ابتدا تھی اس لیے اللہ تعالی نے ان کی طرف صرف اجمالی اشارات فرمائیے ہیں

“Semasa turun surah al-Baqarah, orang munafiq terdapat pelbagai jenis. Justeru, permulaan surah ini, Allah memberi isyarat berkenaan mereka secara ijmali[3]

 

[6] FADHILAT SURAH

 

(a)                IBN KATHIR:

 

عَنْ مَعْقِلِ بْنِ يَسَارٍ؛ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: " الْبَقَرَةُ سَنَام الْقُرْآنِ وَذُرْوَتُهُ، نَزَلَ مَعَ كُلِّ آيَةٍ مِنْهَا ثَمَانُونَ مَلَكًا، وَاسْتُخْرِجَتْ: "اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ" [الْبَقَرَةِ: 255] مِنْ تَحْتِ الْعَرْشِ، فَوُصِلَتْ بِهَا" - انْفَرَدَ بِهِ أَحْمَدُ – ابن كثير, 1\149

“Rasulullah saw bersabda: al-Baqarah adalah kemuncak al-Quran. Setiap ayatnya diturunkan oleh 80 malaikat. Ayat اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ dikeluarkan dari bawah arash sehingga sampai kepada al-Baqarah.

 

 

(b)               SUNAN AL-TARMIZI:

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " لِكُلِّ شَيْءٍ سَنَامٌ، وَإِنَّ سَنَام الْقُرْآنِ الْبَقَرَةُ، وَفِيهَا آيَةٌ هِيَ سَيِّدَةُ آيِ الْقُرْآنِ: آيَةُ الْكُرْسِيِّ – الترمذي, 2878

Rasulullah saw bersabda: Setiap sesuatu itu ada kemuncaknya. kemuncak al-Quran adalah surah al-Baqarah. Dalam surah al-Baqarah, terdapat ayat yang merupakan penghulu segala al-Quran, iaitu ayat al-Kursi.

 

(c)                SUNAN AL-TARMIZI:

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: " لَا تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ قُبُورًا، فَإِنَّ الْبَيْتَ الَّذِي يُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ لَا يدخله الشيطان – الترمذي, 2877

Rasulullah saw bersabda: Jangan kamu jadikan rumah kamu sebagai kubur. Rumah yang dibacakan surah al-Quran tidak akan dimasuki syaitan

 

(d)               IBN KATHIR:

 

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " إِنَّ الشَّيْطَانَ يَخْرُجُ مِنَ الْبَيْتِ إِذَا سَمِعَ سُورَةَ الْبَقَرَةِ تُقْرَأُ فِيهِ – ابن كثير, 1\150

Rasulullah saw bersabda: Syaitan akan keluar dari rumah yang syaitan dengar surah al-baqarah yang dibacakan padanya.

 

(e)                AL-NASAIE:

 

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ، يَعْنِي ابْنَ مَسْعُودٍ، قَالَ: إِنَّ الشَّيْطَانَ يَفِرُّ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِي يُسْمَعُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ – النسائي

Ibn Mas’ud berkata: Syaitan lari dari rumah yang diperdengarkan bacaan Surah al-Baqarah.

 

(f)                 AL-DARIMI:

 

عَنِ ابْنِ مَسْعُودٍ قَالَ: مَا مِنْ بَيْتٍ تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ إِلَّا خَرَجَ مِنْهُ الشَّيْطَانُ وَلَهُ ضُرَاطٌ – الدارمي, 3375

Ibn Masud berkata: tidak ada rumah yang dibacakan al-Baqarah kecuali Syaitan akan keluar dari rumah itu dalam keadaan berkentut.

 

(g)                AL-DARIMI

 

قَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْعُودٍ: مَنْ قَرَأَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ سُورَةِ الْبَقَرَةِ فِي لَيْلَةٍ لَمْ يَدْخُلْ ذَلِكَ الْبَيْتَ شَيْطَانٌ تِلْكَ اللَّيْلَةَ أَرْبَعٌ مِنْ أَوَّلِهَا وَآيَةُ الْكُرْسِيِّ وَآيَتَانِ بَعْدَهَا وَثَلَاثُ آيَاتٍ مِنْ آخِرِهَا – الدارمي, 3383

Ibn Masud kata: Barangsiapa yang 10 ayat dari surah al-Baqarah pada waktu malam, syaitan tidak akan masuk dalam rumahnya pada malam itu; iaitu 4 ayat dari awal, ayat kursi dan 2 ayat selepasnya serta 3 ayat di akhirnya.

 

[7] HUBUNGAN SURAH

HUBUNGAN SURAH

AL-FATIHAH

AL-BAQARAH

 

Di akhir surah, disebutkan agar handari dari kalangan yang dibenci—المغضوب عليهم, iaitu merujuk kepada orang yahudi yang merupakan kalangan yang TAHU KEBENARAN dan INGKARI KEBENARAN serta BERUSAHA MENYESATKAN MANUSIA.

 

 

Surah ini banyak tertumpu kepada kalangan manusia yang tahu kebenaran dan selewengkan kebenaran.

 

Dalam kalangan kafir banyak tertumpu pada kalangan YAHUDI, sedangkan dalam kalangan Muslim, banyak tertumpu pada kalangan MUNAFIQ.

 

 

[8] Menurut SHIHAB, selain nama AL-BAQARAH, surah ini dinamakan juga dengan AL-SINAM السنام yang bererti PUNCAK. Hal ini kerana, surah ini menjelaskan kemuncak bagi petunjuk kitab suci.

 

Ia juga dinamakan dengan AL-ZAHRA’ الزهراء yang bererti TERANG BENDERANG. Hal ini kerana, kandungan surah ini menerangi jalan dalam menuju kebahagian dunia dan akhirat[4].

 

[9] perkataan البقرة bererti LEMBU BETINA. Penambahan ة مربوطة itu memberi maksud betina. Justeru, jika lembu jantan disebut dengan البقر

 

Sesuatu nama surah dalam al-Quran, ia bukan ijtihad ulama, tetapi ia bersifat TAWQIFI, iaitu ketetapan tuhan yang tidak ada campur tangan sebarang makhluk pun.

 

[10] Jika dilihat pada keseluruh surah al-Baqarah, induk utama yang diperjelaskan adalah berkenaan perangai, sikap dan perilaku kalangan manusia yang tahu kebenaran, lalu ingkari dan rasa tidak bersalah selewengkan kebenaran dalam keadaan mereka sedar.

 

Dengan itu, perangai dan sikap sebegitu; dari kalangan Ahli Kitab, konteks surah banyak tertumpu berkenaan kedegilan orang YAHUDI.

 

Bentuk dan perilaku kedegilan itu dikaitkan dengan kisah lembu betina yang diceritakan dalam Surah al-Baqarah; bermula dari ayat 67 sehingga 74;

وَإِذْ قَالَ مُوسَى لِقَوْمِهِ إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تَذْبَحُوا بَقَرَةً قَالُوا أَتَتَّخِذُنَا هُزُوًا قَالَ أَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْجَاهِلِينَ (67) قَالُوا ادْعُ لَنَا رَبَّكَ يُبَيِّنْ لَنَا مَا هِيَ قَالَ إِنَّهُ يَقُولُ إِنَّهَا بَقَرَةٌ لَا فَارِضٌ وَلَا بِكْرٌ عَوَانٌ بَيْنَ ذَلِكَ فَافْعَلُوا مَا تُؤْمَرُونَ (68) قَالُوا ادْعُ لَنَا رَبَّكَ يُبَيِّنْ لَنَا مَا لَوْنُهَا قَالَ إِنَّهُ يَقُولُ إِنَّهَا بَقَرَةٌ صَفْرَاءُ فَاقِعٌ لَوْنُهَا تَسُرُّ النَّاظِرِينَ (69) قَالُوا ادْعُ لَنَا رَبَّكَ يُبَيِّنْ لَنَا مَا هِيَ إِنَّ الْبَقَرَ تَشَابَهَ عَلَيْنَا وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللَّهُ لَمُهْتَدُونَ (70) قَالَ إِنَّهُ يَقُولُ إِنَّهَا بَقَرَةٌ لَا ذَلُولٌ تُثِيرُ الْأَرْضَ وَلَا تَسْقِي الْحَرْثَ مُسَلَّمَةٌ لَا شِيَةَ فِيهَا قَالُوا الْآنَ جِئْتَ بِالْحَقِّ فَذَبَحُوهَا وَمَا كَادُوا يَفْعَلُونَ (71) وَإِذْ قَتَلْتُمْ نَفْسًا فَادَّارَأْتُمْ فِيهَا وَاللَّهُ مُخْرِجٌ مَا كُنْتُمْ تَكْتُمُونَ (72) فَقُلْنَا اضْرِبُوهُ بِبَعْضِهَا كَذَلِكَ يُحْيِ اللَّهُ الْمَوْتَى وَيُرِيكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ (73) ثُمَّ قَسَتْ قُلُوبُكُمْ مِنْ بَعْدِ ذَلِكَ فَهِيَ كَالْحِجَارَةِ أَوْ أَشَدُّ قَسْوَةً وَإِنَّ مِنَ الْحِجَارَةِ لَمَا يَتَفَجَّرُ مِنْهُ الْأَنْهَارُ وَإِنَّ مِنْهَا لَمَا يَشَّقَّقُ فَيَخْرُجُ مِنْهُ الْمَاءُ وَإِنَّ مِنْهَا لَمَا يَهْبِطُ مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ (74)

  


[1] Zahrah:85

[2] Zad:1/24

[3] Tafhim:1/48

[4] Shihab:1/84

No comments:

Post a Comment

(2) SURAH AL-BAQARAH 22

  BAQARAH 2:22   الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ فِرَاشًا وَالسَّمَاءَ بِنَاءً وَأَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْ...